Komen ustaz moden ni cuma ambil mudah dengan berlandaskan keputusan Syeikh Tantawi.
Purdah tidak perlu dipakai kerana boleh disalahguna oleh penjahat !
Saya menyokong Syeikh Tantawi yang tidak mahu pemakaian purdah di Universiti Al Azhar.
Purdah tidak perlu dipakai sekarang kerana ia boleh dieksplotasi oleh penjahat seperti perogol yang mungkin menyamar menjadi wanita.
Purdah juga tidak diwajibkan. Cuma jika timbul fitnah maka tidak mengapa.
Masalah sekarang ialah pemakaian purdah itu yang boleh menimbulkan fitnah bukan sebaliknya.
Maka kita perlu menerima keputusan Syeikh Tantawii selaku ulamak tersohor dan tidak menghentam beliau membuta tuli.
Purdah tetap pakaian yang boleh dilepaskan jika ia menimbulkan mudarat lebih besar dari manfaaatnya.
Sekian, salam hormat.
Komen teman :1. Ustaz Moden ni memang moden sangat, sampai tak sempat rujuk mufti negara sendiri.
2. Kalau nak kira alasan salahguna, pakai coli pun boleh disalahguna,jika sorok dadah dalam coli.Kalau begitu , kena larang pakai coli pula?
3. Lepas tu , pakai jubah pula dilarang takut bawa senjata pula?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
1 comment:
Maaf bercakap. Muka dan dua tapak tangan boleh dibuka untuk maslahah umum sebab itu ada kaulnya atau hukumnya.
Post a Comment