Syukur pada Allah atas kurnianya dapat kita menghirup udaranya dan menikmati kehidupan di dunia yang fana dan jika lalai akan mengasyikkan kita ke arah kealpaan.
Terima ksih tidak terhingga kepada Abg Zulkefli yang tidak jemu memberi peluang dan ruang bagi ajk cawangan ini meneruskan aktiviti dan misi dalam kemampuan yang terhad.Terima kasih juga pada bekas ketua cawangan Ustaz Osman yang terus memberi semangat dan tunjuk ajar dalam mengendalikan cawangan ini yang sudah lama beliau pelopori sebelumnya.Begitu juga sdr Rahmat timbalan Ketua Cawangan yang semasa ketiadaa Ketua Cawangan (Abg Zulkefli) terus mengemudikan cawangan ini tanpa henti walaupun dalam kesukaran beliau membahagi masa dengan usaha mencari nafkah untuk keluarganya.
Bendahari kehormat Sdr Mohamad Zamir yang masih muda belia tetapi matang dalam tugas dan tindakan serta bijak menerima dan mengawal kewangan dalm perbelanjaan.
Ketua Penerangan Sdr Muhammad yang sentiasa ada masa memberi penerangan dan sanggup meluangkan masa menjadi pengerusi majlis mesyuarat ataupun ceramah-ceramah dan majlis pengajian.
Tidak lupa pada Pengerusi Tetap kita Pak Long (Sdr Marzuki) yang memang sibuk tetapi masih dapat meluangkan masa mengendalikan mesyuarat bersama timbalannya dan ajk-ajk kehormat seperti Sdr Ustaz Osman,Sdr Shaidil , Sr Musa, Sdr Sazali, Sdr Shahjuhan,Sdr Noorhadi,Sdr Hasan Jabir ,Sdr Zulkarnain , Sdr Rizal ,Sdr Wahid dan Sdr Shahri .
Dan jangan lupa Ketua Pemuda Sdr Azwan yang memang aktif dalam Unit Amal dan masih perlukan bantuan dan sokong dalam tindakan dan tugas yang tidak bergaji maupun elaun ini.
Seterusnya Ketua Muslimat yang aktif dan kreatif dalam membuat laporan dan sokongan iaitu Puan Norhayati.
Jutaan Terima kasih kepada Semua blogger & follower yang berkongsi info dan berita dengan blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 ini yang tidak standing dengan blog-blog otai dan blog yang genius baru 5,6 bulan telah mncapai hit 100K. Terima kasih pada penyinggah dan penziarah ke blog ini serta teguran dan cadangan yang banyak membantu dalam penulisan dan rekbentuk blog ini.
Terima kasih pada Malaysiakini yang telah banyak menyumbang memberi pengenalan kepada pembaca dan menyumbang hit sehingga lebih 1,500 hit sehari,namun teman tidak rasa terkilan jika tidak terpilih.Walapubagaimanapun WartaMaya,Malaysia-Kita,Malaysian bloglist dan banyak lagi bloglist banyak membantu blog PAS Caw teman ini.
No comments:
Post a Comment