Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, April 21, 2009

UTUSAN MALAYSIA PERCUMA 1 TAHUN !

hAI ! Apa dah jadi dengan akhbar Utusan Melayu(nama glamor Utusan Meloya - sebab ramai orang dah muak dengan isi kandungan yang menipu dan membodek pemimpin)
Pemurahnya Mukhriz atau nak bantu penjualan Utusan Meloya?
Bayangkan sebanyak 15 buah sekolah di dalam kawasan Parlimen Jerlun akan menerima naskhah percuma Utusan Malaysia selama setahun.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun menaja akhbar tersebut.
Tajaan itu membolehkan 10 buah sekolah rendah dan lima sekolah menengah di kawasan tersebut menerima akhbar tersebut setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu.
Kata Mukhriz, tajaan akhbar Utusan Malaysia itu untuk membantu meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah-sekolah.
Yang teman musykil duit/wang dari mana YB Mukriz berbelanja? Duit atau wang beliau sendiri ke? atau bapanya (Tun Mahathir) yang beri sumbangan?

No comments: