Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 10, 2009

TAHNIAH PADA KAWAN YB ZULKIFLI NORDIN




Teman dapat tau dari Blog YB Zulkifli Nordin bahawa sahabat beliau YB Sdr Ahmad Bin Maslan telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
YB Ahmad bin Maslan atau kami kenali sebagai Mat Maslan adalah lulusan Ijazah Sains Politik daripada Victoria University of Wellington.
YB Zulkifli pernah bersama Mat Maslan selama setahun apabila kami tinggal sebilik di No. 2 MacDonald Crescent Wellington. Mat pernah menjadi Presiden Kelab Umno New Zealand dan pada tahun 1989 tak silap saya Mat menghadiri Perhimpunan Agong Umno dan diberi peluang berucap mewakili Kelab Umno.
Mat memang seorang pemidato yang hebat. Selama setahun tinggal bersama, tipa pagi without fail Mat akan bangun nak mula berucap..dia tak pernah jemu memperbaiki mutu ucapan dengan mendengar ucapan pemidato hebat dunia. Ucapan Mat dalam perhimpunan tersebut disiarkan dan diulas oleh media 2-3 hari.
Anwar Ibrahim telah tertarik dengan Mat Maslan masa tu dan terus menawarkan jawatan didalam kerajaan kepada beliau.
Sekembalinya daripada New Zealand Mat Maslan terus ditawarkan tempat sebagai pegawai Biro Tatanegara.
Nama Mat Maslan terus naik apabila Anwar meletakkan beliau sebagai Setiausaha Sulit Dato Mustapha Mohamad. Apabila Anwar dipecat, DS Najib mengambil Mat Maslan sebagai Pengarah Yayasan Restu yang mencetak dan mengedarkan Al Quran versi Malaysia.
Dalam pilihanraya ke 12 lepas, Mat Maslan terpilih bertanding dan memenangi Parlimen Pontian.
Ni Part yang teman suka adalah pencapaian hebat Mat Maslan ialah "merampas semula" Pulau Pisang daripada Singapura apabila beliau bersama penduduk Pontian bersampan ke Pulau tersebut dan memacakkan bendera Malaysia. Beliau berbuat sedemikian setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih.
Saya cukup yakin YB Ahmad Maslan akan dapat memikul amanah baru yang diberikan kepada beliau.
Kepada isteri Mat yang tersayang Ani, congratulation. Take good care of our friend Mat.
Kepada Mat pesan YB Zulkifli sentiasalah bertaqwa kepada ALLAH. Banyak dugaan & godaan

No comments: