Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 22, 2009

SEJAK TAHUN 1999 PUAS BERTOPENGKAN SYABAS TELAH MENAIKKAN KADAR DENGAN ALASAN MENGGANTIKAN PAIP LAMA!


Teman masih ingat pada tahun 1999 sebaik Khir Toyo menjadi Mb Selangor , kadar air diumumkan beliau atas alasan untuk menanggung kos menggantikan paip air atau pembetong air paip yang sudah uzur.Selepas itu tahun 2004 kadar naik 45% tetapi projek penggantian tidak siap juga.Mereka memang mecabar suara rakyat Negeri Selangor.Hasil cucuk dari Kerajaan Persekutuan mereka mengarah Syabas tangguh projek

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 April – Kira-kira 7.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdepan risiko gangguan bekalan air berikutan penangguhan projek baik pulih dan naik taraf bekalan di tiga kawasan padat penduduk itu.

Penangguhan projek bernilai RM2.6 bilion itu terpaksa dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) atas arahan kerajaan bagi memberi laluan kepada penyusunan semula pengurusan air.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, penangguhan itu pasti memberi kesan langsung kepada pengguna memandangkan pelbagai aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan turut tergendala terutamanya kerja-kerja penting seperti penggantian paip.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa program penggantian paip lama dan paip komunikasi yang telah diiklankan menerusi akhbar tempatan pada 29 dan 30 Jun 2006 terpaksa diberhentikan.

“Pihak Syabas mendapat arahan daripada kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan kerja-kerja tersebut termasuk kerja baik pulih lain yang telah dirancang di bawah program ketiga yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2009,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Selangor menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung pengambilalihan pengurusan air pada minggu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap perbincangan itu dapat mencari penyelesaian segera mengenai isu tersebut yang melibatkan kerajaan negeri, kementerian dan syarikat-syarikat konsesi.

Sabtu lalu, Datuk Peter Chin Fa Kui dalam satu kenyataan menyebut kementeriannya akan menyegerakan rundingan tersebut dengan kerajaan negeri bagi mencari tindakan drastik pengambilalihan bekalan air di tiga kawasan itu.

Dalam pada itu, Rozali berkata, Syabas telah menyediakan senarai terperinci projek yang dibekukan itu bagi memberikan maklumat terkini kepada pengguna yang selama ini ternanti-nanti bila janji tersebut akan dipenuhi.

Jelas beliau, senarai penuh itu akan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan dan dipamerkan melalui poster di pejabat-pejabat wilayah serta risalah yang diterbitkan Syabas.

“Bagi pihak Syabas, saya ingin memohon maaf kepada para pengguna kerana tidak dapat memenuhi janji dan komitmen yang telah saya berikan dengan melaksanakan projek-projek untuk kepentingan pengguna pada masa ini berikutan arahan penangguhan tersebut.

“Tempoh penangguhan ini tidak dapat dipastikan lagi kerana ia bergantung arahan lanjut daripada pihak kerajaan. Oleh itu, diharapkan para pengguna dapat bersabar sementara perkara tersebut dapat diatasi,” jelasnya.

Rozali turut menasihatkan pengguna supaya berhubung dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) untuk sebarang masalah dan kesulitan berkaitan isu air yang dihadapi.

Pengguna boleh menghubungi Puspel di talian bebas tol 1-800-88-5252
Inderaloka
18-05-2004

Harga air naik 45 peratus : Paip terus bocor,air berkeladak dan bercacing halus (babi?)
PUAS penyamun,SYABAS `perompak kebulur`

Mulai 16 Mei ini seluruh warga Selangor akan menerima hadiah istimewa daripada kerajaan pimpinan Dr Khir Toyo sebagai `imbuhan` kerana memenangkan Umno BN pada p/raya umum lalu begitu cemerlang sekali.

Jika sebelum ini dibawah pemerasan PUAS ( Perbadanan Urusetia Air Selangor) rakyat marhaen sudah cukup parah kerana dipaksa membayar bil air dua kali ganda berbanding yang pernah dikenakan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) di era pra-penswastaan dulu.

Kini PUAS telah pun dijual kepada SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) sebagai memenuhi janji kerajaan Selangor dan lain-lain negeri di bawah kekuasaan Umno BN untuk menyerahkan urusan pembekalan air kepada kerajaan pusat. Perjanjian tersebut telah dibuat pada awal tahun lepas.

Dato Seri Samy Vellu pernah bertelagah dengan Khir Toyo pada peringkat awal perjanjian tersebut. Samy Vellu pada mulanya menuduh kerajaan Selangor enggan menyerahkan urusan berkenaan kepada kerajaan pusat. Akibat daripada `mulut besarnya` itu Samy Vellu terpaksa mengadap DYM Sultan Selangor untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sesetengah pihak menganggap keenganan Khir Toyo untuk menyerahkan urusan bekalan air itu bukanlah disebabkan prinsip sebaliknya lebih berfokus kepada terma-terma tertentu yang dikatakan tidak menguntungkan Khir dan kroni-kroninya yang menguasai PUAS.

SYABAS umpama `perompak kebulur ` terus menaikkan harga (tarif) air 45 peratus sebaik-baik sahaja mengambil alih PUAS . Akibat kenaikkan mendadak dan menindas itu para pengguna (rakyat marhaen ) terpaksa menanggung beban baru sedangkan beban lama bikinan PUAS masih menghantui mereka.

Cuba perhatikan bil air yang terpaksa dibayar oleh pengguna (empat orang sekeluarga) secara purata sebagai contoh:

Pembekal Bil sebulan (purata)

JBAS ( Kerajaan Negeri Pra-Penswastaan) RM 15.00

PUAS( Penswastaan Kerajaan Negeri) RM 30.00

SYABAS (Penswastaan Kerajaan Pusat) RM 43.50
Khir Toyo hanya membisu seribu bahasa apabila berdepan dengan tindakan drastik SYABAS itu. Khabarnya Menteri Besar yang dikaitkan dengan senarai `Top 20` perasuah mega itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana segalanya telah diserahkan kepada kerajaan pusat.

No comments: