Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 22, 2009

NAJIB RAZAK BUAT KECOH DI PERSIDANGAN GENEVA?


Najib kecam Barat, diplomat EU keluar dewan
GENEVA 21 April – Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dengan berani-gila semalam menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai ‘alasan’ untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di sini.
Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Najib Razak memulakan ucapan sambil berdoa.
Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Najib Razak adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.

Insiden itu menyebabkan Najib Razak yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan.

No comments: