Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 20, 2009

SATU MALAYSIA? : PENDIRIAN NAJIB SENTIASA DISANGGAH OLEH UMNO



1. Di saat Najib mahukan media dan persuratkhabaran diperkasakan dan bertaraf dunia, Star melapurkan Shahrir tidak mahukan jambatan bengkok, Utusan kata Shahrir nakkannya. Utusan online kata Shahrir hanya nakkan jambatan lurus! (Nak juga tahu apa kata Pak Lah.)

2. Di saat tiada perhargaan diterima dari negara atau delegasi asing berhubung perlantikan Najib sebagai PM, Najib balik kampong dan beliau diserbu oleh 40,000 lebih orang! Amek kau. Dan isterinya terpaksa berusaha membuat sedikit jamuan di kediaman mereka di Putrajaya untuk golongan hawa. Jerih.

3. Disaat Najib tidak mahukan pilihanraya kecil Penanti kerana tidak mahu membuang duit, Mahathir inginkannya. Mahathir akan ketuai sendiri kontinjen BN di sana. Apa Mahathir akan guna daun pokok duit-duit?

No comments: