Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

SAMY TOL NAK LARI MANA?


MIC dilaporkan sedang menimbangkan kemungkinan mengeluarkan keanggotaannya dalam Kabinet baru yang diumumkan Khamis lalu. Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu berbuat demikian kerana tidak berpuashati dengan pemberian barisan jemaah menteri oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pertimbangan keluar Kabinet itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Khamis ini, lapor The Star.

Langkah itu juga berkaitan dengan keputusan MIC tidak diberikan portfolio Kementerian Kerja Raya kepada MIC. Parti itu meminta agar diberikan kementerian kanan tersebut yang dipegang oleh wakil MIC sehingga pilihan raya umum lalu. Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu memegang kementerian itu sehingga beliau tewas pada pilihan raya 8 Mac tahun lalu.

Pucuk kepimpinan parti menganggap Kementerian Sumber Manusia yang diberikan kepada MIC oleh Najib adalah portfolio junior manakala parti lain diberikan lebih banyak kedudukan, malah yang lebih baik.

No comments: