Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, April 13, 2009

APA ! 2,000,000 pengundi muda ?

Teman tertarik bila mendengar Setiausaha SPR, Dato' Wan Ahmad Wan Omar berkata seramai 2,000,000 orang pengundi muda akan mengambil bahagian dalam pilihanraya akan datang, laporan dari The Star. Ini adalah satu jumlah yang besar.

Minat anak muda kepada proses demokrasi adalah sesuatu yang positif. Ia merupakan partisipasi mereka dalam proses membuat keputusan dan ini sewajarnya dialu-alukan. Bagaimanapun, saya berharap penglibatan mereka bukanlah sekadar dalam pilihanraya, malah dalam memberikan pandangan kepada pelbagai isu semasa.

Sedemikian PAS harus memulakan langkah dari sekarang untuk mendekati golongan ini. Dengar suara mereka, berikan perhatian kepada isu-isu mereka. Usah kesampingkan pandangan mereka. Anak-anak muda yang lahir hasil sistem pendidikan negara adalah merupakan aset yang cukup bernilai.
Anak muda juga dikatakan mempunyai minda yang lebih bebas berbanding ibu bapa mereka. Atas semangat berinteraksi dengan mereka, maka saya kembali menulis dalam blog ini. Saya berharap kita dapat memanfaatkan blog ini untuk bertukar-tukar pandangan dalam soal-soal yang menyentuh kepentingan bersama.

No comments: