Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, April 22, 2009

MENTERI WAJIB TURUN PADANG, SEBELUM RANGKA KPI!

MTUC MINTA BARISAN MENTERI TURUN PADANG SEBELUM RANGKA KPI
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Jumaat mencadangkan supaya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi perkhidmatan awam harus menekankan kepada soal perancangan, penyelarasan, keberkesanan dan produktiviti.Setiausaha Agungnya G. Rajasegaran berkata sebelum kaedah KPI dibangunkan, adalah penting bagi pemimpin tinggi kerajaan seperti menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan ketua jabatan turun padang bagi merasai apa yang dilalui oleh rakyat.Beliau memberitahu Bernama di sini Jumat bahawa pegawai atasan berkenaan sering diberi keutamaan ketika berurusan dengan jabatan kerajaan dan mereka tidak mengetahui kesukaran yang dilalui oleh rakyat biasa."Jadi adalah penting untuk pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan supaya sentiasa turun padang dan mengetahui secara dekat kelemahan dan cara menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam," katanya.Rajasegaran, bagaimanapun, mengakui banyak jabatan kerajaan telah melakukan penambahbaikan dalam sistem penyampaiannya tetapi masih ada banyak ruang memperbaiki lagi sistem perkhidmatan bermutu tinggi.Beliau memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan inisiatif memperkenalkan KPI kepada semua anggota Kabinet dan berharap usaha itu akan dikekalkan dan berjaya membawa perubahan.Rajasegaran berkata walaupun apa juga hasil keberkesanan konsep KPI namum pada dasarnya rakyat biasa harus menikmati sistem penyampaian perkhidmatan awam yang sebaik mungkin.Sementara itu, setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya masih menunggu garis panduan KPI dari Ketua Setiausaha Negara."Sebaik sahaja menerima panduan itu, kami mampu memberi input," katanya.

No comments: