Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 17, 2009

KITA CABAR SPEAKER DEWAN RAKYAT PULA !



Jika kes speaker Perak dibolehkan dicabar di mahkamah persekutuan maka silaplah BN kerana speaker Dewan Rakyat ada hutang dengan YB Covind.
Sekarang YB. Gobind Singh boleh cabar keputusan speaker Dewan Rakyat ..........
Sebelum itu Mahkamah Persekutuan hari semalam membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.
Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Secara tak langsung bererti bahawa mulai dari keputusan ini bolehlah ditafsirkan bahawa semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Speaker dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Dewan Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Oleh itu YB.Gobind Singh yang digantung oleh Dewan Rakyat baru-baru ini bolehlah failkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat yang menggantungnya dalam persidangan Parlimen tidak lama dulu.
Kita nak tengok samada Speaker UMNO di Dewan Rakyat itu boleh dicabar kekebalanya atau tidak?
Mahkamah Persekutuan sudah memutuskan bahawa Speaker DUN Perak,Sivakumar tidak kebal dan keputusannya tak sah. Mudah-mudahan mahkamah akan meluluskannya serta-merta supaya membolehkan Gobind Singh masuk semula ke Parlimen

No comments: