Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, April 24, 2009

DOLAK DALIK SPR NAMPAKNYA JADIKAN FAIRUS ADUN PENANTI SEMULA


Memang bersungguh betul SPR nak menjimatkan wang rakyat dan menyahut seruan PM.Patutlah dahlah sebelum 17 April SPR kata nak buat mesyuarat menentukan PRK atau tidak pada 22 April.Lepas mesyuarat pada 22 April belum juga dapat ilham dan keputusan akan diumum pada 27 April pula. Memang ada peluang PRK tidak jadi kalau begini, maka melehlah air lior Ketua Bahagian Permatang Pauh dan orang-orangnya.
Sepatutnya orang=ramai tidak perlu terkejut bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba-tiba menunda tarikh pengumunan tentang pilihanraya kecil DUN Penanti yang baru dikosongkan itu. Hari ini SPR melaporkan ia akan diumumkan Isnin ini, sedangkan esok BN akan bermesyuarat berkaitan perkara ini. Memang SPR tidak akan berubah,cuma signboard saja yang berubah.Bukankah ini jelas menunjukkan terdapatnya perancangan khas yang dilakukan untuk memberi keselesaan kepada UMNO dan BN sebenarnya. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, SPR yang akan bermesyurat pada Isnin nanti, 27 April 2009 dikatakan akan memutuskan bahawa tiada kekosongan di DUN Penanti. Pilihanraya Kecil tidak perlu diadakan di DUN berkenaan kerana Fairus Khairuddin (foto) tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN. Ini kerana seseorang yang berjawatan ADUN ataupun wakil rakyat tidak dihalang daripada melanjutkan pelajaran. Kalau seseorang ADUN itu dibenarkan untuk menjalankan perniagaan, maka lebih-lebih lagilah kalau nak menyambung pelajaran, ianya tiada halangan dari segi haknya untuk mengekalkan tugas sebagai wakil rakyat. Lagipun, pada hari semalam 22 April 2009, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menutup kes siasatan yang melibatkan Fairus kerana tiada fakta dan bukti yang sahih untuk mendakwa beliau. Dengan ini maka Fail siasatan kes rasuah beliau telah ditutup dan selesai. Jelas kepada kita bahawa beliau tidak terlibat dengan kes ini dan nama beliau telah dibersiahkan oleh SPRM. Terima kasih dan tahniah kepada SPRM kerana tidak menunggu terlalu lama untuk menentukan sesuatu kes itu perlu didakwa atau pun ditutup sebelum dibawa ke mahkamah.

No comments: