Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 1, 2008

Betulke Ditangguh Pembelian Helicopter????

BELI KANCIL PUN KENA PANDU DULU
Timbalan Menteri Petahanan Abu Seman Yusop telah di bantai hebat di Parlimen kelmarin. Ini timbul apabila dia mengakui bahawa TIDAK ADA siasatan dan tengok, uji dan periksa terhadap 12 buah Eurokopter Cougar EC 725 yang ingin dibeli oleh rakyat Malaysia.

Harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Abu Seman berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setia Usaha Kementerian Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.


Mana yang satu harga sebenar tidak di ketahui. Mana yang tipu dan mana yang betul tidak jelas. Kemungkinan dua-dua harga ini juga adalah harga tipu.

Ketua Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim telah bertanya “ bagaimana pembelian ini tidak melakukan uji tengok . Saya yang ada pengalaman 8 tahun sebagai menteri keewangan akan melihat apa benda yang ingin dibeli kerajaan’.

Sementara itu, M.Manogaran YB dari Telok Intan telah mengejek Abu Seman dengan berkata, “ kalau kita hendak membeli Perodua Kancil kita kena lihat dan uji, inikan pula herlikopter yang berharga RM1.6 bilion.

Abu Seman Yusuf hanya tersengeh-sengeh dan terseringai bodoh.

http://tukartiub.blogspot.com

Thursday, October 30, 2008

Moh ke Ijtima' di Pahang

Ijtima’ Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat


KUALA KRAU: PAS Kawasan Kuala Krau akan mengadakan Ijtima’ Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat pada 1 - 2 November 2008 ini. Program yang akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang akan dipenuhi dengan berbagai acara antaranya pameran dari Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Perak dan Selangor, derma darah , rawatan perubatan Islam Darul Syifa, sukaneka , pertandingan mewarna , melukis dan tulisan khat bagi kanak-kanak. Ceramah Perdana oleh YB. Dato’ Hussam Musa dan YB. Ir Amirudin pada 1 November. Manakala pada 2 November pula Ceramah Perdana YB. Dato’ Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan YB. Dato’ Dr. Hassan Ali. Orang ramai dijemput hadir.

Waspada dari Peragut yang datang ke rumah anda

Bukan tujuan menakutkan cuma nak ingatkan sebelum berlaku. Memang kita wajib berdoa selepas sembahyang.(Wajib bermaksud kita perlu memohon doa pada Allah mohon perlindungan dan pertolongannya dan tanpa berdoa seolah-olah kita sombong serta semacam berlagak seperti Tuhan...nauzubillah ...)
Saranan ini bertitik tolak peristiwa yang berlaku pada hari ini di Taman Seroja Bukit Sentosa 2 di mana seorang surirumah telah didatang 2 orang yang tidak dikenali dan terus mengugut dan meragut rantai emas yang dipakainya.Surirumah tersebut dikatakan cedera terkena senjata seperti pisau/parang ditangannya.
Sayugia diingatkan pada para suami atau bapa harap beri pesanan kepada mereka yang duduk di rumah agar beri pesanan agar berhati-hati dan ambil langkah seperti berikut :-
1. Jika sedang melakukan kerja di luar rumah sila tutup dan kunci pintu pagar.
2. Jangan tonjolkan pemakaian barang kemas .
3. Pastikan ada nombor telefon jiran terdekat unyuk panggilan siang atau malam.
4. Jangan terlalu peramah pada lelaki yang tidak dikenali atau dicurigai.
5. Jika ada yang nak bertanya , katakan tunggu diluar pagar sebentar nanti saya panggil suami atau jiran saya.

Wednesday, October 29, 2008

Suntikan Naikkan Bursa Malaysia

Selepas KWSP ! Tabung Haji akan dipaksa Melabur di Pasaran Saham?Ini tak sedap hati ni. Kita sebagai rakyat dan pejuang keadilan terutama dalam Pakatan Rakyat perlu peka dan sentiasa sedar menolak tindakan kerajaan Malaysia menggunakan wang rakyat KWSP dan seterusnya Tabung -tabung lain seperti Tabung Haji dan lain-lain. Kadangkala kita perlu buat perbandingan kesanggupan Menteri Kewangan menyuntik RM5,000,000,000 (RM 5 billion) kepada Syarikat Valuecap semata-mata menaikkan bursa saham Malaysia berbanding cuma RM12juta diperlukan untuk membaiki bumbung rosak Perumahan di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung yang belarutan lebih 7 tahun.

Takbir !!! 2 Cawangan PAS baru ditubuhkan di kawasan kubu kuat AMENO

Syukur pada Allah kerana membuka hati-hati orang AMENO berubah dan membuka mata kepada perjuangan Pakatan Rakyat.Kita di Kawasan Hulu Selangor bila lagi? Jalan Bakawali ? Kawasan FELDA ? Sg. Choh dan lain-lain tempat. Ahli ahli PAS Bukit Sentosa perlu aktif sebagaimana semasa menghadapi pilihanraya ke 12 yang lalu.

Tuesday, October 28, 2008

Kerajaan PR Perlu segera Bertindak Masalah Perumahan Bukit Sentosa & Bukit Beruntung

Sunday, October 26, 2008
KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR WAJAR KALAH JIKA GAGAL BANTU PENDUDUK BUKIT SENTOSA DAN PENYEWA-PENYEWA "COUNCIL HOME" & PPR.

Rakyat Desak Turunkan Harga Barang Pengguna !!!

Marilah kita sama-sama bersatu menyeru pihak Kerajaan Malaysia serta mendesa khsnya Kementerian Hal ehwal Pengguna untuk menurunkan harga barang-barang pengguna seperti beras , susu , tepung , minyak masak , gula dan sebagainya. Rakyat perlu sedar dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkenaan ekonomi dan politik negara. Harga minyak telah tutn hingga di bawah 70 dolar setong. Bila lagi ???