Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 30, 2008

Waspada dari Peragut yang datang ke rumah anda

Bukan tujuan menakutkan cuma nak ingatkan sebelum berlaku. Memang kita wajib berdoa selepas sembahyang.(Wajib bermaksud kita perlu memohon doa pada Allah mohon perlindungan dan pertolongannya dan tanpa berdoa seolah-olah kita sombong serta semacam berlagak seperti Tuhan...nauzubillah ...)
Saranan ini bertitik tolak peristiwa yang berlaku pada hari ini di Taman Seroja Bukit Sentosa 2 di mana seorang surirumah telah didatang 2 orang yang tidak dikenali dan terus mengugut dan meragut rantai emas yang dipakainya.Surirumah tersebut dikatakan cedera terkena senjata seperti pisau/parang ditangannya.
Sayugia diingatkan pada para suami atau bapa harap beri pesanan kepada mereka yang duduk di rumah agar beri pesanan agar berhati-hati dan ambil langkah seperti berikut :-
1. Jika sedang melakukan kerja di luar rumah sila tutup dan kunci pintu pagar.
2. Jangan tonjolkan pemakaian barang kemas .
3. Pastikan ada nombor telefon jiran terdekat unyuk panggilan siang atau malam.
4. Jangan terlalu peramah pada lelaki yang tidak dikenali atau dicurigai.
5. Jika ada yang nak bertanya , katakan tunggu diluar pagar sebentar nanti saya panggil suami atau jiran saya.

No comments: