Dalam sekelip mata nama Syed Ahmad Helmy menjadi sebutan ramai. Semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama memuji-muji beliau. Kenapa? Semuanya kerana beliau telah menjatuhkan hukuman kepada blogger terkenal RPK bahawa penahanan blogger itu dibawah ISA adalah tidak sah!Dan beliau juga telah begitu berani memastikan RPK akan selamat pulang kerumah,tanpa ditahan semula dibawah ISA,sepertimana yang pernah terjadi pada tahanan ISA yang memenangi Habeas Corpus mereka sebelum ini.
Syed Ahmad Helmy telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang hakim yang berwibawa dan berani memberikan keadilan pada rakyat yang cuba dijadikan mangsa ISA oleh Menteri Dalam Negeri.Pastinya, rakyat Malaysia berbangga negara ini mempunyai seorang hakim yang berani seperi beliau!!
Seorang lagi Syed yang tidak kurang terkenalnya dalam isu ISA ialah Menteri Dalam Negeri,Syed Hamid Albar. Tanpa diperkenalkan pun, rakyat tahu bahawa beliau adalah seorang menteri yang jahat dan zalim.
Baru enam bulan beliau dilantik memegang jawatan penting itu, bukan main seronok beliau gunakan akta yang tiada perikemanusiaan itu. Kezaliman beliau kalau tidak setanding pun, mungkin lebih teruk dari Menteri Dalam Negeri sebelum ini, iaitu PM Abdullah.Buktinya beliau itu jahat?Tanpa perikemanusiaan, beliau telah melanjutkan tahanan ISA yang sudah disimpan selama 6 tahun di Kem Kamunting, kepada 2 tahun berikutnya. Di bulan Ramadhan, semua umat Islam sepatutnya bersikap lembut,memaafkan dan mencari sebanyak-banyaknya kebaikan, tetapi beliau bukan main seronok gunakan ISA untuk menahan blogger Raja Petra, YB Teresa Kok dan Cik Tan, wartawan Sin Chew.
Tindakan beliau itu buat malu orang Islam saja.Tak patut betul seorang pemimpin, memberi contoh yang buruk kepada rakyat!!!
Dengan bebasnya RPK, Syed Hamid Albar sepatutnya meletak jawatan saja. Semua orang dah tahu, Hakim Syed Ahmad kata, Menteri Dalam Negeri telah menyalah guna kuasanya sebagai menteri dengan menggunakan ISA keatas blogger itu.
Kita rakyat Malaysia,marilah sama-sama berdoa supaya tiada sebarang tindakan buruk dikenakan pada Hakim Syed Ahmad kerana keberanian nya . VVIP di Malaysia ni sudah diketahui umum boleh memecat atau memindahkan hakim sesuka hati mereka. Kalau Ketua Hakim Negara pun boleh dipecat, apatah lagi kalau setakat hakim biasa...
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, November 11, 2008
PERJUANGAN DESA KERAYONG INDAH

Blogger banyak menerima komen daripada pengunjung blog ini samada daripada orang perseorangan mahupun parti politik terhadap Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, walaupun ada komen yang agak kurang sopan, namun bagi kami yang menanggung kesusahan dan keperitan ekoran daripada kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dan Kontraktor (bukan pemaju kerana kontraktor Bumi Circle adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri) menunaikan janji untuk menyiapkan unit rumah yang dibeli, tetap akan kami teruskan perjuangan menuntut HAK kami.
Untuk pengetahuan pengunjung blog ini, Projek Desa Kerayong Indah ini adalah Projek Kerajaan Negeri Selangor dan disahkan sendiri oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Soal samada Kerajaan Barisan Nasional yang buat masalah dan mengapa Pakatan Rakyat harus dibebankan adalah satu alasan yang tidak masuk akal. Ini adalah kerana sesiapa juga yang memerintah adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk menyelesaikanya dan bukan menuding jaring kepada orang lain.
Maka sebab itulah maka rakyat Selangor telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 kerana menyakini janji untuk membantu rakyat yang telah dianaiya oleh Barisan Nasional dan bukannya bila berhadapan dengan soal kediaman rakyat dan memerlukan kos, maka jawapannya SABAR...SABAR..SABAR. Tapi kalau soal yang melibatkan bangsa lain, mengapa begitu cepat sekali tindakannya. Apa erti sebuah perjuangan dan pemerintahan kalau tidak sanggup menerima kritikan?
Bukanlah kami semua tidak sabar untuk menunggu setelah berperit menunggu lebih 9 tahun yang lalu sejak Projek Pemberimilikan Tanah Terancang telah terbengkalai sepenuh. Apa yang kami kesalkan adalah JANJI yang acapkali disebut-sebut namun tiada apa-apa kesudahannya. Bertanyalah saudara pengunjung blog kepada Sdr Ibrahim Yaacob (Pejabat DSAI), berapa kali beliau membuat janji kepada kami?
Kita semua adalah orang Islam. Setiap janji (pertemuan) wajib ditunaikan dan bukannya sebagai bahan gurauan.
Namun begitu, Kami bersyukur dan berterima kasih kepada mereka-mereka yang menghulurkan tangan dan memberikan sokongan dan dorongan untuk kami meneruskan perjuangan ini seperti PAS Bukit Sentosa http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/, Pas Anggerik Apartment http://pasanggerikapt.blogspot.com, Sdr Urwah Saari,http://nuarrualhilal.wordpress.com/Dr Hilal dan lain-lain.
Dan berkatalah beliau Saya Ajk Wanita UMNO kepada Pegawai Pencegah Maksiat
AJK Pemuda dan Wanita Umno Ditangkap Kerana Berkhalwat
Ceritanya bukan seperti apa yang berlaku di Seremban kelmarin, perwakilan bertumbuk dan sampai masuk wad kecemasan. Tetapi cerita ini lain versinya namun ia merupakan cerita yang kerap kedengaran berlaku dalam Umno dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Nauzubilahhiminazalik!
Cerintanya begini; seorang wanita Umno telah ditangkap sedang berkhalwat dengan bekas ahlijawatankuasa Umno bahagian Rantau Panjang. Mereka dicekup ketika (katanya) sedang berasmara di dalam kebun getah. Tak terbayang bagaimana mereka boleh berasmara di tempat itu! Wanita Umno itu masih bersuami dan bekas ahli jawatankuasa Pemuda itu juga ada isteri dan merupakan seorang guru kanan sebuah sekolah di kawasan itu. (Biarlah saya tidak sebut nama kampung… malu orang kampung itu nanti).
Menurut kawan saya itu mereka sudah lama mengadakan hubungan sulit itu dan diintip oleh pasukan Pencegah Maksiat. Ketika pasukan Pencegah Maksiat itu mengepung pasangan itu mereka tidak menyedari dan terus dengan ‘politik’ mereka itu. Selepas pasukan itu memperkenalkan diri baru mereka sedar dan terkejut besar. Katanya si perempuan itu cepat-cepat menarik kain dan mengemaskan pakaiannya, selamba saja.
Kata kawan saya itu, pasangan itu kira berani juga. Kerana apabila pasukan Pencegah Maksiat memperkenalkan diri mereka juga turut memperkenalkan diri mereka. “Saya ahli jawatankuasa Pemuda Umno Rantau Panjang,” kata si lelaki. “Saya ahli wanita Umno Rantau Panjang,” ujar pula di perempuan engan bangga.
Mereka mengharap dan mengira apabila memperkenalkan diri mereka sebagai ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) alias Umno itu, pihak pencegah tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan melepaskan mereka. Namun keahlian itu tidak dipedulikan oleh pasukan Pencegah Maksiat itu. Mereka akhirnya dibawa ke Pejabat Agama dan katanya ditahan sehari semalam dalam lokap.
Pemimpin Umno bahagian Rantau Panjang khabarnya ada menelefon pihak pencegah maksiat supaya melepaskan pasangan berkenaan tetapi tidak memberi apa-apa kesan. Pihak pencegah tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya menahan dan mendakwa pasangan itu. Sybas diucapkan kerana menjalankan tugas yang diamanhakan.
Saya mengeluh panjang mendengar cerita itu. Malu rasanya, apa lagi keduanya sudah bersuami dan beristeri dan sudah ada anak. Anak mereka pula dikatakan berkasih dan bercinta antara satu sama lain. Apa lagi si jantan itu seorang guru. Tidak patut melakukan kerja keji begitu. Tetapi apa nak dikata jang itulah manusia yang kadang kala terbabas dan lupa daratan itu. Ada kalanya nafsu menguasi akal!
Bila saya balik kampung nanti tentu cerita ini akan didendangkan lagi dengan irama dan senikata serta dialog yang lebih menarik dan romantik lagi!
Pengajaran di sini : 1. Kenapa kita masih perlu UMNO untuk berniaga
2. Kenapa bila kita ditangkap guna nama UMNO boleh terlepas?
3. Kenapa rasuah bila pada UMNO dipanggil politik wang

MASYAALLAH !!! KEMPEN UMNO DENGAN TIKET NO EKOR

Isnin 10 November , 2008
HAPUS POLITIK WANG DENGAN PERJUDIAN
Pagi ni saya ke bandar Pekan atas beberapa urusan. Semasa sarapan di sebuah warung saya terus mencapai Sinar Harian hari ini 11 Nov. Tergelak besar saya bila membaca berita tentang "Ahli UMNO edar nombor ekor dalam mesyuarat Bahagian Temerloh".
Ahli itu ialah Timbalan Ketua UMNO cawangan Kg Gantok, Ir Che Wan Shamsiruddin Wan Shamsudin. Beliau bertanding untuk mendapatkan tempat sebagai AJK bahagian. Beliau juga merupakan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia 1995, zaman Dato Zahid Hamidi menjadi ketua dulu.
Menurutnya, apa yang dilakukan adalah untuk membenteras politik wang. Beliau telah mengedarkan 1000 keping tiket nombor ekor kepada semua perwakilan dan pemerhati, bernombor 0440. Nombor senarai pencalonan beliau adalah 44 dengan harapan perwakilan ingat nombor itu dan memberikan undi kepadanya.
"Saya bertanding jawatankuasa dan ini cara saya berkempen dengan memberi nombor ekor kepada perwakilan. Ada setengah calon bagi duit dan barangan seperti kain pelikat kepada perwakilan. Jika nombor itu bertuah perwakilan boleh dapat RM 2,500 seorang untuk hadiah utama. " kata beliau. Semua perwakilan dapat tiket ekor itu, termasuk Ketua Bahagian Dato Mohd Sarit Yusof.
Ulasan: Inilah bahananya bila Islam tak menjadi asas perjuangan. Mungkar digunakan untuk menolak mungkar. Bila nafsu digunakan untuk menyelesaikan masalah manusia, pastinya kerosakan akan terjadi.
Segala kejahatan datangnya dari nafsu. Nafsu itu pula mendapat dorongan dan pengaruh syaitan. Maka sewajarnya penyelesaian masalah nafsu mesti dibuat dengan merujuk kepada tuan yang mencipta nafsu, yakni Allah.
Hari ini kita melihat banyak masalah yang cuba diselesaikan tanpa merujuk pada tuan yang menjadikan nafsu (Allah).
Nak selesai masalah dadah, maka diperkenalkan jarum suntikan percuma dan dadah tiruan. Penyelesaian masalah Aids dengan cara mengedar kondom percuma. Masalah lepak diselesaikan dengan cara konsert untuk anak muda hingga ke pagi. Kini ahli UMNO memperkenalkan pula cara membenteras politik wang dengan perjudian. Akhirnya segala masalah itu tak selesai maka timbul pula masalah lain.
Barangkali tindakan ini mengambarkan UMNO berada zaman nyanyuk. Telah banyak tindakan dibuat oleh kepimpinan UMNO hari ini mengambarkan mereka berada di era nyanyuk. Biasanya apabila berada di fasa nyanyuk ini, maknanya, dia hanya membilang hari untuk dijemput ajal.
Macam Cendawan Tumbuh Selepas Hujan
Ramai dah mempersoalkan kewujudan kedai membeli barangan lupus. Bayangkan harga tembaga sekilo, harga besi atau aluminum .Yang tak percaya harga plastik terpakai lagi mahal dari harga barangan besi cuma bahan besi berat dari plastik.
Oranng ramai mempersoalkan lesen berniaga adake? Kalau adapun , kementerian tak kawal seliake? Maksudnya beri lesen satu hal, taburan kedai di satu-satu kawasan tak kawalke. Takkan Dalam satu Taman sampai 3 buah kedai barangan lupus.
Adake pihak berkuasa memeriksa secara random kedai tersebut?Kalau ambil contoh di Bukit Sentosa 2 sahaja ada lebih 2 buah kedai barangan lupus.
Kerajaan melalui kementerian tak kaji kesan buruknya, manusia tak bertanggungjawab akan cuba mencari barangan tersebut secara penuhmasa dan separuhmasa untuk mencapatkan wang dari penjualan barangan yang dikehendaki kedai tersebut.
Tanpa kawalan dan pemeriksan berkala dan pemeriksaan mengejut kedai-kedai tersebut akan menerima sahaja barangan yang dijual walaupun barangan yang dicuri. Contoh nyata besi penutup longkang di depan kawasan rumah teres dan banglo.Seolah-olah kedai barangan lupus menggalakkan orang mencuri.

Untuk Perhatian EXCO Negeri Selangor
Dalam perancangan Pelan Induk Hulu Selangor khususnya , diharap faktor infra perlu dititkberatkan antaranya seperti berikut:-
1. Pembetulan Jalan keluar masuk di pintu gerbang perumahan EMKAY perlu segera di lakukan.
2. Pembesaran jalan kepada 2 lane dari Bandar Bukit Sentosa 1 ke simpang lampu trafik di simpang Kilang Perodua.
3. Pembesaran jalan 2 lane dari simpang Sg. Choh hingga Stesyen Pam Minyak Shell dekat simpang lampu trafik ke pusat bandar Rawang.
4. Pembesaran jalan yang dari Jambatan dekat simpang masuk ke air terjun Templer Park ke Stesyen Pam minyak Petronas dekat Bt 16 Rawang.
Projek ini mengelirukan ,di mana sepatutnya dilakukan bersekali dengan Projek pembesaran jalan dari Jalan di bukit dekat pejabat tanah Bangunan Sulaiman ,Gombak sehingga jambatan di Templer Park yang leah pun siap.Nampaknya seperti tafik melalui leher botol (bottle neck)
5. Jalan alternatif menghubungkan Taman Telipot , Bukit Sentosa 3 ke Serendah.
6. Jalan alternatif Taman Anggerik 4 tembus ke jalan ke Taman Widuri/Kesumba untuk pelajar dan ibu-bapa keluar dari Sekolah Menengah yang sedang dibuat berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.
7. Jalan alternatif Bandar Bukit Sentosa 2 ke Taman Kasturi/Seroja Bukit Beruntung.

Nape orang UMNO/Orang Melayu di Paya Mengkuang di Melaka senyap pasal babi manakala di Selangor lantang sangat?.
Babi kini jadi bahan sensasi di media-media milik Umno/BN. Islam hanya mengharamkan umatnya dari memakan babi, itu menurut apa yang saya faham.
Menghalang bukan Islam yang makan babi untuk menternak babi, saya kira ini suatu kesalahan dan jenayah. Aneh, kenapa Umno yang suatu ketika dahulu begitu bermati-matian mempertahankan babi-babi di Paya Mengkuang, Melaka hari ini bersikap sangat anti terhadap babi-babi di Selangor.
Saya teringat novel Animal Farm karya George Orwell. Barangkali babi-babi dalam novel itu lebih cerdik dari pemimpin-pemimpin Umno hari ini, terutamanya pemimpin yang bernama Noh Omar!
Saya teringatkan peristiwa merebaknya wabak penyakit Japanese Encephalitis (J.E.) dan Nipah virus yang melanda negara ini beberapa tahun lalu, walaupun dua wabak ini berjaya di kawal. Kedua-dua wabak ini disebarkan virus yang menjadikan babi sebagai hos tempat membiak, dan lebih aktif merebak apabila suasana kawasan penternakan babi tidak terurus kebersihannya, yakni suatu masalah yang ingin diselesaikan oleh Kerajaan Selangor yang baru ini dengan memperkenalkan sistem yang lebih moden.
Saya teringat bahawa sewaktu JE dan Nipah virus menjadi suatu wabak, ianya merebak di suatu kawasan ternakan babi di Negeri Sembilan & Melaka. Ingin saya tekankan di sini sewaktu wabak itu berlaku, kedua-dua negeri ini berada di bawah kekuasaan kerajaan BN, khususnya UMNO yang kuat bertapak di sana.
Jika UMNO tiba-tiba begitu tegas menentang akan penternakan babi secara moden di Selangor, mengapa ia tidak berbuat demikian terlebih dahulu di negeri-negeri lain di bawah kekuasaannya sehingga menyebabkan kewujudan wabak JE pada suatu masa dahulu?

Subscribe to:
Posts (Atom)