Babi kini jadi bahan sensasi di media-media milik Umno/BN. Islam hanya mengharamkan umatnya dari memakan babi, itu menurut apa yang saya faham.
Menghalang bukan Islam yang makan babi untuk menternak babi, saya kira ini suatu kesalahan dan jenayah. Aneh, kenapa Umno yang suatu ketika dahulu begitu bermati-matian mempertahankan babi-babi di Paya Mengkuang, Melaka hari ini bersikap sangat anti terhadap babi-babi di Selangor.
Saya teringat novel Animal Farm karya George Orwell. Barangkali babi-babi dalam novel itu lebih cerdik dari pemimpin-pemimpin Umno hari ini, terutamanya pemimpin yang bernama Noh Omar!
Saya teringatkan peristiwa merebaknya wabak penyakit Japanese Encephalitis (J.E.) dan Nipah virus yang melanda negara ini beberapa tahun lalu, walaupun dua wabak ini berjaya di kawal. Kedua-dua wabak ini disebarkan virus yang menjadikan babi sebagai hos tempat membiak, dan lebih aktif merebak apabila suasana kawasan penternakan babi tidak terurus kebersihannya, yakni suatu masalah yang ingin diselesaikan oleh Kerajaan Selangor yang baru ini dengan memperkenalkan sistem yang lebih moden.
Saya teringat bahawa sewaktu JE dan Nipah virus menjadi suatu wabak, ianya merebak di suatu kawasan ternakan babi di Negeri Sembilan & Melaka. Ingin saya tekankan di sini sewaktu wabak itu berlaku, kedua-dua negeri ini berada di bawah kekuasaan kerajaan BN, khususnya UMNO yang kuat bertapak di sana.
Jika UMNO tiba-tiba begitu tegas menentang akan penternakan babi secara moden di Selangor, mengapa ia tidak berbuat demikian terlebih dahulu di negeri-negeri lain di bawah kekuasaannya sehingga menyebabkan kewujudan wabak JE pada suatu masa dahulu?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment