Dalam perancangan Pelan Induk Hulu Selangor khususnya , diharap faktor infra perlu dititkberatkan antaranya seperti berikut:-
1. Pembetulan Jalan keluar masuk di pintu gerbang perumahan EMKAY perlu segera di lakukan.
2. Pembesaran jalan kepada 2 lane dari Bandar Bukit Sentosa 1 ke simpang lampu trafik di simpang Kilang Perodua.
3. Pembesaran jalan 2 lane dari simpang Sg. Choh hingga Stesyen Pam Minyak Shell dekat simpang lampu trafik ke pusat bandar Rawang.
4. Pembesaran jalan yang dari Jambatan dekat simpang masuk ke air terjun Templer Park ke Stesyen Pam minyak Petronas dekat Bt 16 Rawang.
Projek ini mengelirukan ,di mana sepatutnya dilakukan bersekali dengan Projek pembesaran jalan dari Jalan di bukit dekat pejabat tanah Bangunan Sulaiman ,Gombak sehingga jambatan di Templer Park yang leah pun siap.Nampaknya seperti tafik melalui leher botol (bottle neck)
5. Jalan alternatif menghubungkan Taman Telipot , Bukit Sentosa 3 ke Serendah.
6. Jalan alternatif Taman Anggerik 4 tembus ke jalan ke Taman Widuri/Kesumba untuk pelajar dan ibu-bapa keluar dari Sekolah Menengah yang sedang dibuat berhadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.
7. Jalan alternatif Bandar Bukit Sentosa 2 ke Taman Kasturi/Seroja Bukit Beruntung.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment