Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 8, 2008

SEDERHANALAH UNTUK YANG JADI PENTADBIR

Sesungguhnya berlaku sederhana yang paling baik ialah di saat kita kaya, dan sebaik-baik memberi maaf adalah di saat kita berada pada posisi kuat” (Khalifah Umar bin Abdul Aziz).

Itulah jawapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, saat ditanyakan mengapa beliau tidak bermewah-mewahan, seperti tidak menggunakan pakaian mewah. Padahal pada saat itu, Umar adalah seorang khalifah atau pemimpin besar umat, yang memungkinkan untuk bergaya dan hidup mewah. Meskipun bergaya hidup sederhana, Umar tetap mencurahkan segenap pikirannya untuk kemaslahatan rakyat tidaklah secara sederhana, sehingga rakyatnya hidup sejahtera selama sekitar 2 tahun beliau memerintah.

Namun sayangnya kesejahteraan yang dirasakan umat Islam dulu tidak berlanjut hingga saat kita sekarang. Sebahagian besar hidup dalam keadaan melarat. Barangkali ini ada hubungannya dengan gaya hidup pemimpin-pemimpin yang sudah berlaku sebaliknya, iaitu umumnya bergaya hidup mewah tetapi mencurahkan pikiran kepada rakyatnya secara sederhana atau sedikit. Di samping itu, antara mereka saling berseteru dalam memrebutkan jawatan, dan berlanjutan dalam episod membalas dendam ketika berkesempatan berkuasa.

Padahal seorang pemimpin memikul tanggung jawab yang cukup besar terhadap yang dipimpinnya, dunia dan akhirat. Menurut Nabi SAW, “Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah dan kekuasaan itu di hari kiamat kelak akan menjadi sumber kesedihan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan benar dan menyampaikan kepada mereka yang semestinya” (HR Muslim). Kerana tanggung jawab besar dan panjang itulah, sebahagian pemimpin contoh yang dimunculkan dipersada dunia ini malu untuk hidup mewah di saat rakyatnya melarat dan merasa malu kembali kepada Allah sebelum menyelesaikan urusan-urusannya dengan rakyat secara baik .

Munaqashah Ucapan Dasar Presiden PAS

Sementara itu, satu program Munaqashah Ucapan Dasar Presiden akan di adakan pada hari Sabtu 15 November 2008 bersamaan 17 Zulkaedah 1429 bertempat di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi. Ustaz Idris Ahmad dari Pemuda PAS Pusat akan memberikan ucaptama dlama program nanti.

Pelik Betul AMENO nie, Kata Nak Jaga Orang Melayu

Jumaat, 2008 November 07
Pengarah Politeknik Sabak Bernam larang Yaakob hadir program

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari membantah keras tindakan Kementerian Pelajaran yang melarang beliau menghadiri sebuah program keusahawan di Politeknik Sabak Bernam.

Beliau telah menerima jemputan menghadiri program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu yang akan diadakan pada Sabtu, 8 November yang dibiayai kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, pihak penganjur telah menghubungi beliau hari ini (Jumaat) memaklumkan Pengarah Politeknik Sabak Bernam telah melarang beliau hadir ke program tersebut.

"Saya membantah sekeras-kerasnya larangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jika itu menjadi prinsip dalam pentadbiran negara ia bermakna kerajaan negeri Selangor berhak menghalang pihak pembangkang Selangor (Umno-BN) menggunakan premis seperti dewan dan tanah lapang milik kerajaan negeri.

Surat bantahan Yaakob bertarikh 7 November itu dihantar kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke pejabatnya di Putrajaya. - lanh

Apa yang telah dibantu ADUN BN pada penduduk KESUMBA Bukit Beruntung

Blogger cuba imbas semula kes ini yang telah dikemukakan Sdr Zakaria Awang semasa Mesyuarat PAS Kawasan di Batangkali yang lepas untuk semakan semula ole pihak berkenaan.

1. KETIADAAN CF (SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI) BAGI RUMAH-RUMAH DITAMAN KESUMBA INI MENYEBABKAN PENGHUNI MENGHADAPI MASAALAH UNTUK UBAHSUAI RUMAH YANG MANA AKAN DIAMBIL TINDAKAN OLEH MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR DAN LAIN-LAIN RISIKO YANG BAKAL DI HADAPI. PERKARA INI TELAH DIBAWA OLEH PERSATUAN PENDUDUK KEPADA PIHAK YANG BERWAJIB

2. BEKALAN AIR MASIH BERADA DIBAWAH PEMAJU IAITU TALAM / EUROPLUS DIMANA BEKALAN AIR SENTIASA TERPUTUS. PENYERAHAN KEPADA PIHAK SYABAS PERLU DISEGERAKAN KERANA IA MERUPAKAN KEMUDAHAN ASAS PENDUDUK.

3. BEKALAN TENAGA LETRIK YANG TIDAK MENCUKUPI DIMANA PENDUDUK KESUMBA MENGHADAPI KESULITAN MENANGGUNG KOS BIL YANG BERLEBIHAN DISEBABKAN KEROSAKAN ALATAN LETRIK. PIHAK TNB PERLU MEMASANG PENCAWANG DIKESUMBA BAGI MENAMPUNG BEKALAN YANG MENCUKUPI.

4. PERLU PENGANGKUTAN AWAM BAS UNTUK KEMUDAHAN PENDUDUK DAN PELAJAR SEKOLAH.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN & KEMAJUAN PARLIMEN HULU SELANGOR

Bukan kerja kita, biasalah bila diungkapkan tajuk ini pada sesiapa. Sekali-sekala atau sebolehnya selalu , kita perlu tau siapakan pakar-pakar atau cerdik pandai yang mengkaji mempelankan pelan induk Hulu Selangor ini. Kita harap negeri selangor dapat merancang 2 pelan induk iaitu Pelan 4 tahun dan pelan 10 tahun.Pelan 4 tahun adalah sebagai modal memastikan projek dibawahnya disiapkan sebelum PRU13. Pelan 10 tahun terpulang kerana kita perlu fokus pada pelan 4 tahun.
YB Parlimen Dato Dr Zainal disarankan menyediakan wadah penerima maklum balas online atau penerima mesej dari rakyat perihatin yang mahu membantu memberi idea , cadangan dan komen sepanjang masa. Sedemikian wajarlah YB menyediakan satu blog dan alamat emel yang masih tiada disediakan sehingga kini. YB(Yang Berkhidmat) DUN Batangkali Cikgu Nash juga disarankan menyediakan alamt emel dan blog yang ada ruangan komen untuk rakyat prihatin.

POLITIK WANG = RASUAH kan senang panggil rasuah

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.
lebih 800 aduan rasuah
"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.

"Jika Umno berani, ia perlu menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menyiasat politik wang dalam parti.

"Suruhanjaya ini juga yang sepatutnya yang menyelia mesyuarat Umno di seluruh negara," katanya ketika diminta mengulas sama ada akan membawa isu sogokan seperti dakwaannya kepada lembaga itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Kamal Amir kelmarin mendakwa Tengku Razaleigh gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan.

Beliau mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.

"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.

"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.

"Tengku hanya menawarkan diri supaya dinilai dan dipilih oleh para perwakilan dan bukannya memberi wang untuk mendapatkan pencalonan," katanya.

KES BAKUL SAMPAH SENGAJA DIPANJANGKAN

Kes liwat Anwar kekal di Mahkamah Sesyen
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus didengar di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur setelah mahkamah itu petang Jumaat memutuskan sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah. Hakim S. M. Komathy Suppiah membuat keputusan ini kerana sijil tersebut adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.

Komen : Pada fikiran blogger, kes nie perlu ditolak dakwaannya kerana tak nampak kerelevanannya ditambah lagi dengan keadaan Peguam Negara (dalam probation plak tu) dibandingkan dengan kes Naar Jeep yang nampak kerelevanan yang perlu disiasatpun telah bebas sebebasnya. Kebelakangan ni, kebanyakan kes yang melibatkan suku sakat VIP dan orang-orang besar telah dibebaskan.Untung betul mereka kerana perlantikan Hakim yang baruu aaaa jangan cakap yang tak elok dalam blog ini.