Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 8, 2008

Pelik Betul AMENO nie, Kata Nak Jaga Orang Melayu

Jumaat, 2008 November 07
Pengarah Politeknik Sabak Bernam larang Yaakob hadir program

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Yaakob Sapari membantah keras tindakan Kementerian Pelajaran yang melarang beliau menghadiri sebuah program keusahawan di Politeknik Sabak Bernam.

Beliau telah menerima jemputan menghadiri program anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu yang akan diadakan pada Sabtu, 8 November yang dibiayai kerajaan negeri Selangor.

Bagaimanapun, pihak penganjur telah menghubungi beliau hari ini (Jumaat) memaklumkan Pengarah Politeknik Sabak Bernam telah melarang beliau hadir ke program tersebut.

"Saya membantah sekeras-kerasnya larangan ini kerana ia bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, jika itu menjadi prinsip dalam pentadbiran negara ia bermakna kerajaan negeri Selangor berhak menghalang pihak pembangkang Selangor (Umno-BN) menggunakan premis seperti dewan dan tanah lapang milik kerajaan negeri.

Surat bantahan Yaakob bertarikh 7 November itu dihantar kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ke pejabatnya di Putrajaya. - lanh

No comments: