Kes liwat Anwar kekal di Mahkamah Sesyen
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus didengar di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur setelah mahkamah itu petang Jumaat memutuskan sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah. Hakim S. M. Komathy Suppiah membuat keputusan ini kerana sijil tersebut adalah tidak sah di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Komen : Pada fikiran blogger, kes nie perlu ditolak dakwaannya kerana tak nampak kerelevanannya ditambah lagi dengan keadaan Peguam Negara (dalam probation plak tu) dibandingkan dengan kes Naar Jeep yang nampak kerelevanan yang perlu disiasatpun telah bebas sebebasnya. Kebelakangan ni, kebanyakan kes yang melibatkan suku sakat VIP dan orang-orang besar telah dibebaskan.Untung betul mereka kerana perlantikan Hakim yang baruu aaaa jangan cakap yang tak elok dalam blog ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment