Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label ihsan kijang59. Show all posts
Showing posts with label ihsan kijang59. Show all posts

Friday, February 25, 2011

DOAKAN ADUN N25 SEMBUH !

DUN N.27 Merlimau belum lagi masuk proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil yang dijangka berlangsung pada sabtu, 26 Februari 2011. Wakil rakyat di DUN N.25 Rim dalam keadaan sakit dan sedang menErima rawatan.

Wakil rakyat di DUN N.25 Rim, Yazed Bin Khamis dalam keadaan sakit sekarang ini. Yazed yang memenangi pilihan raya pada 2008 telah menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti 1637 undi.

Di DUN Rim itu mempunyai dua felda iaitu FeldaBukit Katong dan Felda Kemendor manakala mempunyai sembilan kampung iaitu Kg. Chabau, Kg. Chubong, Kg. Kelubi, Kg. Parit Keliling, Kg. Rim, Kg. Simpang Bekoh, Kg. Sri Kesang, Kg. Simpang Kerayon dan Kg. Terentang.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan ke atas YB Yazed semoga beliau bertugas sebagai rakyat yang amanh kepada rakyat setelah beliau dalam keadaan baik.

Friday, February 18, 2011

SIAPA TAK RISAU DUN TENANG BELUM TENANG

Pilihan Raya N.05 Tenang baru sahaja berakhir dalam masa kurang dari tiga minggu yang mana menyaksikan calon dari UMNO/BN, Azhar Ibrahim atau dikenali sebagai Tok Ai telah memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti 3707 undi menewaskan calon dari PAS/PR Normala Sudirman.

Kemenangan Tok Ai sudah diduga dikala banjir telah melanda Labis. Labis hampir lumpuh digenangi air ketika proses pembuangan undi yang mana UMNO/BN telah menggunakan jentera kerajaan untuk mengangkut mangsa banjir ke tempat pembuangan undi.

Namun ia tidak semudah yang disangkakan kerana hari ini Tok Ai telah dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung. Kemungkinan disebabkan oleh tidak terdaya mengharungi bajir yang melanda hampir dua minggu di daerah Labis.

Pada masa yang sama, lebih 200 petugas UMNO/BN telah datang ke rumah Tok Ai untuk menuntut bayaran semasa kempen pilihan raya namun ia tidak dilayan. Kemarahan petugas tersebut membuktikan bahawa UMNO/BN hanya menggunakan jentera untuk kepentingan peribadi tetapi petugas telah dianjingkan dengan duit yang belum entah menjelma.

Wednesday, July 7, 2010

KERAJAAN PUSAT PUCAT GARA-GARA LAPORAN KONSESI AIR

Laporan Audit Perjanjian Perlu Didedahkan
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) kecewa dengan tindakan Kerajaan Pusat mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar tidak perlu mendedahkan kandungan laporan audit dan perjanjian konsesi air antara kerajaan Selangor dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).


Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Syed Shahir berkata, laporan audit yang didakwa sulit itu oleh kerajaan hanyalah perjanjian perniagaan dan tidak terkandung di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan wajar didedahkan kepada umum.

"Pada pandangan kami sebagai yang mewakili rakyat, saya sebagai Presiden MTUC yang merupakan pemohon utama dalam kes ini merasa kecewa dengan sikap kerajaan pusat yang bercakap mengenai ketelusan, integriti tetapi dalam masa yang sama berlindung di belakang undang-undang untuk tidak mendedahkan perkara yang sepatutnya diketahui oleh rakyat.

"Perjanjian konsesi ini dengan laporan audit bukanlah diklasifikasi sebagai dokumen rahsia atau sulit. Ini merupakan perjanjian perniagaan. Jadi tidak ada sebab ianya harus berlindung di belakang akta yang ada sekarang. Walaupun kita juga ada pandangan lain berhubung OSA tapi selepas soal itu, perjanjian ini merupakan perjanjian perniagaan yang bukan rahsia," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 28 Jun lalu mengarahkan Kerajaan Pusat mendedahkan dokumen tersebut kepada umum.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Hadhariah Syed Ismail, yang memutuskan bahawa keengganan kerajaan mendedahkan laporan tersebut, tidak mempertimbangkan harapan anggota masyarakat yang terjejas dengan keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan responden membenarkan penswastaan perkhidmatan air dan peningkatan kadar sewenang-wenangnya, dan pada masa yang sama menggunakan OSA, adalah tidak selari dengan tujuan akta tersebut.

Sehubungan itu kata Syed Syahir, MTUC akan mengadakan siri jelajah ke setiap negeri bagi memberikan penerangan kepada rakyat berhubung perkara itu termasuk perjanjian-perjanjian konsesi lain yang melibatkan kepentingan pengguna.

“MTUC sangat serius dalam hal ini kerana anggota kita adalah rakyat paling bawah. Oleh itu kita mahu ambil inisiatif dan dalam masa terdekat kita akan bersama dengan rakan-rakan lain termasuk anggota parlimen tidak mengira parti politik untuk bersama kerana ini isu rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang merupakan anggota panel air Selangor berkata, kerajaan lebih mementingkan konsesi yang ada kaitan dengan kroni mereka daripada menjaga kepentingan rakyat.

"Yang peliknya hampir 2 tahun kita berunding, kerajaan masih lagi cenderung untuk memberikan keuntungan kepada konsesi Puncak Niaga dan Syabas.

"MTUC dan kami yang melindungi pengguna, kita nampak kerajaan mahu bagi kepada kroni mereka," katanya.

Syed Shahir dan 13 orang lagi mengemukakan kes kehakiman terhadap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan atas keputusan mereka menswastakan pengurusan air.