Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label ihsan Malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label ihsan Malaysiakini. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

NAJIB BARU LEPAS KEMPEN DI SABAK BERNAM, SEORANG AHLI PARLIMEN UMNO DAH TERBENAM!

Inilah wajah Ahhli Parlimen Barisan Nasional dari Parti UMNO bersalah oleh mahkamah kerana buat tuntutan palsu.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

NONEHakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dari Umno dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan.

Tuesday, November 15, 2011

RETAK MENANTI BELAH, MENTERI BN DIMINTA ANGKAT KAKI (BOLEH BLAH)

Masa Dato Seri Rafidah Aziz sebagai ketua wanita juga macam kes Shahrizat tapi dalam bentuk Saham pada ahli keluarga tetapi kes itu senyap dan selamat. Kini dah berjangkit kepada Shahrizat, nasib Shahrizat sangat baik walaupun kalah dalam pilihanraya namun dapat juga dilantik Senator mungkin nak menutuk kes kotor fidlot lebih 250 juta. Walau diwakil jawab oleh Menteri Pertanian namun bukti lanjut dalam pembelian kondo pula muncul dan diiakan oleh KJ dan kini pergolakan dalam Parlimen antara Ahli Parlimen BN amat ketara dan akan membuat Najib merana.
kes RM250,000,000 Sahrizat masih bernasib baik belum ada fail SPRM berbanding dengan kes RM2,000 Teoh Beng Hock yang disiasat sampai maut dalam siasatan dan matinya di dalam kawasan SPRM di Shah Alam pula.

Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

9:32PM Nov 14, 2011
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

Friday, September 23, 2011

PAS SUBANG CEMERLANG, SPR AKUR PECAH TEMBELANG !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di negeri itu.

Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.

"Dalam rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka semua memegang kad pengenalan merah, oleh kerana itu kita membuat bantahan.

"Dan semasa bantahan, mereka masih lagi memegang kad pengenalan merah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurutnya lagi, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 30 orang hadir semasa pendengaran di pejabat SPR negeri di Shah Alam.

"(Seramai) 28 orang daripadanya memberitahu tidak pernah memohon (sebagai pemilih) dan tidak tahu nama mereka didaftarkan sebagai pengundi," kata Mohamad Fisal.

Thursday, July 14, 2011

SEMALAM 1 KEMENTERIAN DISAHKAN MAHKAMAH MENCABUL, KINI TUNG SHIN DICABUL




Masing terngiang-ngiang lagi ditelinga teman bila seorang guru sandaran didiskriminasi oleh Kementerian Pelajaran telah mencabul undang-undang antarabangsa. Akhirnya Mahkamah sabitkan Kementerian Pelajaran membuat tindakan yang salah.
Kini kes BERSIh bukan satu Kementerian yang menipu , rasanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan terlibat membuat pengakuan palsu bahawa Hospital Tung Shin tidak diserang asap dan semburan air asid.

Doktor Bidas Polis Kerana Serangan di Hospital

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung ‘serangan polis’ ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataan media kepada organ rasmi PAS Harakahdaily hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

“Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital pada 9 Julai lalu.
Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

“Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Wednesday, September 8, 2010

SYARIKAT AIR DI SAMAN 3 KELUARGA



Tiga keluarga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap syarikat pemaju, Superview Development Sdn Bhd, dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana kecuaian berhubung tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008.

Mereka menuntut ganti rugi di antara RM1.5 juta dan RM2.2 juta.

Keluarga berkenaan adalah Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, Harveen Kaur Balbhir Singh dan K Thanarajah yang memfailkan saman tersebut secara berasingan.

Menurut pernyataan tuntutan itu, plaintif memperincikan butiran kecuaian pemaju yang dinamakan defendan pertama sebagai pemilik tanah. Antaranya kegagalan mereka membina landai yang selamat, melantik orang yang berkelayakan, membina dan menyelenggara perparitan yang sempurna dan mengalihkan rumah-rumah yang terbengkalai.

Manakala kecuaian SYABAS selaku defendan kedua pula antaranya, gagal menyelenggara paip air aktif di dalam dan sekeliling landai rumah yang terbengkalai, gagal memastikan paip air aktif tidak bocor dan gagal mengambil langkah berjaga-jaga.

Plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.

Kejadian pada 6 Disember 2008 di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa itu mengorbankan lima nyawa manakala 14 banglo musnah.

Serentak dengan kejadian itu, seramai 3,000 hingga 5,000 penduduk di kawasan perumahan bertingkat berhampiran lokasi tanah runtuh itu juga diarahkan supaya berpindah.

Monday, June 14, 2010

DAH NYANYUK , ADA HATI NAK CUCUK

MAHATHIR DAKWA ORANG CINA SUKA BERJUDI, PELIK DAP SOKONG ISLAM
Dr M sokong beri lesen pertaruhan sukan

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara itu bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-masa.


"Bantahan itu politik, bukan kerana Islam. Takkan DAP dokong Islam. Ini politik pembangkang, (sengaja) hendak cari isu," katanya.

Katanya, masyakarat hendaklah mengakui sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

"Orang Cina memang suka berjudi. Jika tanpa lesen, tiada cara untuk tentukan aktiviti perjudian tidak terlalu berleluasa," katanya menyokong tindakan kerajaan yang bercadang mahu meluluskan pemberian lesen judi baru itu

Monday, May 17, 2010

DATO SERI NAJIB DITUDUH MENCABUL?

Karpal dakwa Najib Cabul Undang-Undang Pilihan Raya

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam ‘pembelian undi’ pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Friday, April 30, 2010

DEDAHKAN MAKLUMAT SAMPAI LUMAT


Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.
Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.
Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".
Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Wednesday, April 7, 2010

15 PERWAKILAN MCA DIANAKTIRI , PEMIMPIN MIC TIADA TEMPAT DI PENTAS UTAMA


Kebuntuan Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima padah apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan lagu Umno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu. Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.
Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.
"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.
Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

Saturday, March 27, 2010

PAKATAN RAKYAT AKAN SELAMATKAN HULU SELANGOR DALAM RANGKA KEMPEN SELAMATKAN MALAYSIA






Pakatan Rakyat memulakan kempennya malam tadi untuk mempertahankan kerusi parlimen Hulu Selangor dengan perhimpunan kira-kira 5,000 penyokongnya di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Majlis yang dinamakan "kempen selamatkan negara" itu, menyaksikan Kuala Kubu Bharu sesak dengan kenderaan orang ramai yang datang, termasuk dari luar Kuala Kubu Bharu.

Ada yang datang dari Tanjung Malim dan sejauh Sungai Besar, Perak. Mereka termasuk 50 orang yang menyewa bas dari sebuah ested di Tanjung Malim untuk datang menghadiri majlis malam tadi.

Pemimpin utama Pakatan termasuk timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali; naib presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategi PKR, Tian Chua; ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Hatta Ramli dan ADUN DAP bagi Kampung Tunku, Lau Weng San adalah antara mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir ialah penyelaras Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon PKR untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Manakala ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiba sejurus sebelum jam 11 malam.

Para pemimpin Pakatan itu berucap dengan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad - wakil rakyat Hulu Selangor yang meninggal dunia kelmarin kerana barah otak.

Menurut Tian Chua, Zainal Abidin yang pernah menjadi timbalan menteri besar Selangor ketika di bawah pentadbiran BN, telah bekerja keras berkhidmat untuk rakyat sehingga ke akhir hayatnya.

Mereka yang berucap malam tadi kemudiannya beralih kepada nada kempen, dengan masing-masing menyentuh isu-isu panas, antaranya kes kehilangan enjin pesawat pejuang TUDM, kontrak kapal selam Scorpene, rasuah dan lain-lain lagi.

Khalid pula menegaskan bahawa dalam pilihanraya umum lalu, rakyat Malaysia telah membuat keputusan untuk membawa perubahan.

Di Selangor, katanya, Pakatan telah diberi mandat untuk memerintah dan "kami membalasnya dengan memberi perkhidmatan yang terbaik", dengan diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Difahamkan perhimpunan malam tadi dirancang lebih awal sebelum Zainal Abidin meninggal dunia.

Menurut Dr Hatta, Pakatan sedang membuat persiapan untuk mengadakan perhimpunan tersebut apabila Zainal Abidin menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ekoran itu, "kempen selamatkan negara" telah bertukar menjadi kempen untuk pilihan raya kecil.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak pula, dalam ucapannya berkata, PKR mahu meletakkan seorang calon yang boleh menrealisasikan impian Pakatan.

Katanya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan telah berjaya membawa masuk pelaburan berjumlah RM7 bilion dalam tempoh dua tahun.

Pada tahun 2009 sahaja, katanya, Selangor telah menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,753 orang.

Menteri besar Selangor, tegasnya, menggunakan harta kerajaan negeri untuk rakyat dan "bukan membina istana bernilai RM24 juta untuk dirinya".

Anwar mula berucap mulai jam 11.45 malam. Mengambil kira jumlah pengundi kaum India yang besar di Hulu Selangor, beliau menegaskan bahawa dua aktivis utama Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kini bersama Pakatan.

“(T) Vasanthakumar, yang menyertai PKR, berada di sini," kata Anwar sambil menambah, V Ganabatirau, yang turut hadir, telah menjadi ahli DAP.

Tuesday, March 2, 2010

AKHIRNYA MENGAKU KEMUNGKINAN DICEKIK BERLAKU

Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh Dr Shahidan Md Noor hari ini disoal bertubi-tubi oleh dua peguam berhubung terdapat kemungkinan Teoh Beng Hock dicekik atau dijerut sebelum jatuh daripada Plaza Masalam pada 16 Julai tahun lalu.

Beliau disoal oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo dan peguam yang dilantik kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar sama ada terdapat kemungkinan itu bagi merungkai misteri seputar kematiaannya, sehari sebelum perkahwinannya.

Menjawab soalan Gobind yang juga ahli parlimen Puchong, Dr Shahidan bersetuju bahawa Teoh kemungkinan beliau dicekik atau diseksa sebelum jatuh dari tingkat 14 plaza tersebut.

"Senario itu kemungkinan boleh berlaku, tetapi kebarangkaliannya rendah," katanya, yang melakukan pembedahan kali kedua pada 22 November lalu.

Shahidan diminta oleh Malik dan Gobind supaya menjelaskan kesan tanda merah (yang tercalar di leher Teoh dari kiri kekanan) selepas ditunjukkan sekeping gambar daripada bedah siasat yang pertama. Kesan itu jelas seperti yang dinyatakan dalam laporannya.

Saturday, February 27, 2010

BAGI YANG TAK MAMPU BELI ,INILAH CARA TERBAIK MEREKA

Polis yang begitu 'taksub' dengan karya kartunis satira Zunar atau lebih dikenali sebagai Zulkiflee Anwar Haque, sekali lagi merampas sejumlah buku karya terbarunya minggu lalu.Zulkiflee berkata beliau masih mengenalpasti jumlah sebenar buku-bukunya yang dirampas, tapi mengesahkan sebanyak 15 naskhah telah dirampas di dua buah kedai buku di Kepala Batas.

“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.
Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.
Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.

Monday, February 22, 2010

TERBUKTI LAGI AKHBAR NST MEMFITNAH WARTAWAN BERITA HAIRAN

Selepas hampir sepuluh tahun, Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar bekas wartawan Berita Harian, Khairul Anuar Mokhtar RM45,000 dalam penghakiman kes saman fitnah.
Penghakiman itu dibuat dalam penyelesaian di luar mahkamah.
Selain the New Straits Times, beliau juga menamakan wartawan ketika itu, Azmi M Anshar, Sharanjit Singh dan editor the New Sunday Times, sebagai defendan.
Tindakan itu diambil berikutan keterangan gambar yang salah di akhbar berkenaan yang menunjukkan Khairul Anuar sebagai seorang daripada pengikut Al Ma'unah sedangkan hakikatnya dia bukan.
Gambar dan keterangan gambar berkenaan dicetak pada halaman empat akhbar New Sunday Times pada 9 Julai, 2000.
Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim membuat arahan penyelesaian muktamad berkenaan hari ini.
Selain bayaran pampasan, akhbar itu juga dikehendaki menyiarkan permohonan maaf kepada Khairul Anuar dan menarik balik perkara tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membuat sebarang arahan mengenai kos.
Khairul Anuar, pada asalnya menuntut RM632,000.

Dia diwakili oleh peguam Faizal Kamaruddin, manakala NST dan defendan yang lain pula diwakili oleh peguam Yau Her Lerk.

Tuesday, December 22, 2009

TINDAKAN POLIS PADA TAHUN 1996 RUGIKAN NEGARA ,LAIN KALI JANGAN IKUT PERINTAH YANG TIDAK BETUL

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerajaan membayar RM30,000 kepada setiap 29 aktivis hak asasi manusia dan wartawan yang telah ditahan secara tidak sah dalam satu kekecohan akibat gangguan Pemuda Umno sewaktu perhimpunan Apcet 11 di Kuala Lumpur lebih sedekad yang lalu.
DIlaporkan oleh cucutokayah bahawa Kerajaan diperintah bayar RM30 ribu kepada setiap peserta Apcet II yang ditahan secara salah oleh polis pada tahun 1996.

Sunday, August 23, 2009

AKHIRNYA MENTERI PENERANGAN AKUI BN AKAN KALAH TAPI BANGGA SEBAGAI WIRA KURANGKAN MAJORITI PAS

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin majoriti undi pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir akan menurun kerana rakyat sudah sedar bahawa mereka perlukan pembaharuan.
Beliau berkata tindakan pembangkang menggunakan isu peribadi untuk menyerang calon BN Rohaizat Othman membuka mata rakyat bahawa mengundi sebenarnya perlu menggunakan akal dan bukan emosi.

"Kalau nak menang pilihan raya jangan mengutuk orang lain, jangan gunakan isu peribadi dan karektor atau sahsiah orang lain. Kalau nak menang pilihan raya dengan cara itu, itu bukan menang pilihan raya tetapi menang mentohmah orang," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik operasi RTM di Hotel Sunway di Bukit Mertajam.

Beliau berkata amat penting bagi rakyat negara ini untuk berpegang kepada Rukun Negara dan menyerahkan kepada sistem demokrasi untuk menentukan siapa yang menang kelak.

Inilah masanya semua pihak perlu bersatu dan bertindak berlandaskan Rukun Negara dan keimanan dan bukannya menggunakan cara tidak berhemah untuk mencapai kejayaan, katanya.

Wednesday, May 20, 2009

HASHIM SUBOH (UMNO PERLIS) MEMANG WAJAR BERHIJRAH SEBELUM MAGHRIB ATAU SEBELUM SENJA


Hashim Suboh tak tolak kemungkinan sertai pembangkang
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.

"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.

"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.

"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menurut Hashim, pemimpin pembangkang sudah banyak kali menghubunginya supaya menyertai parti mereka.

Bagaimanapun, katanya, ketika ini beliau sedang melihat perkembangan terbaru dalam Umno sebelum membuat keputusan muktamad.

"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara yang telah dibina iaitu hubungan saya dengan menteri dan majlis tertinggi (MT) Umno rosak.

'Tiada usaha rapat semula'

"Tetapi saya tidak tolak sebarang kemungkinan (menyertai pembangkang)," katanya lagi.

Hashim berkata, pemimpin Umno yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu telah dilayan seperti pariah.

"Saya juga jadi pariah walaupun rasanya saya tidak bersalah kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, pemimpin yangi menang dalam pemilihan parti tidak berusaha untuk merapatkan semula kepimpinan parti selepas berlakunya pertandingan jawatan utama peringkat bahagian di Perlis.

Hashim berkata, sebaliknya mereka bersikap "orang menang dapat semua dan orang kalah hilang semua".
"Penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dipinggir dan disisihkan.
"Menteri Besar Datuk Md Isa Sabu tidak memberi ruang kepada kumpulan Datuk Seri Shahidan.
"Isu Perlis ialah bukan sahaja melibatkan dua pemimpin utama itu tetapi juga membabitkan penyokong Datuk Seri Shahidan dan Datuk Md Isa," katanya.

Friday, May 8, 2009

KERANA GERUN HADAPI PILIHANRAYA ,HISHAMUDIN KERIS AKHIRNYA MEMBEBASKAN MANOHARAN ?


Hai baru nak gempak adakan pilihanraya kalau Manoharan letak jawatan akhirnya UMNO di bawah Menteriny Dalam negeri Hishamuddin bebaskan ISA Adun Kota Alam Shah
ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas
Tiga pemimpin Hindraf - masih berada di kem tahanan Kamunting - bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan menterinya hari ini. Datuk Hishammuddin Hussein berkata demikian di sidang media di Putrajaya sebentar tadi. Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar.

Wednesday, April 15, 2009

KHIR TOYO TERKENANGKAN PENYAPU UNTUK MAT TAIB?


Khir Toyo sokong Muhd Taib diganti Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyokong desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan pengerusi perhubungan Umno Selangor daripada Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Beliau yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, berkata langkah tersebut bertujuan kununnya untuk mengembalikan semula kekuatan Umno di negeri itu.
Prelantikan PM dan presiden Umno untuk mempengerusi Umno Selangor, boleh memberi kesan besar kepada BN untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Hari ini, ketua penerangan Umno Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dilaporkan berkata, ramai ketua Umno bahagian di negeri itu mahu Muhd Taib digantikan ekoran kekalahannya merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno bulan lalu.

Beliau tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Muhd Taib yang sebelum ini menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, juga tidak turut disenaraikan dalam kabinet baru Najib.
Mengulas lanjut mengenai, Dr Mohd Khir berkata: "Saya bukan hendak memperkecilkan kepimpinan yang ada, tetapi Umno negeri menuntut semua pemimpinnya bekorban wang ringgit dan tenaga supaya ia dapat dipulihkan."

Wednesday, December 17, 2008

Umur 18 tahun ke bawah di kategorikan Kanak-kanak?


Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu yang menjejaskan mereka, membidas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kerana menuduh badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jerit mendakwa Khalid berbohong dan telah mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Semalam, ekoran penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang, Khalid memberitahu pihak media bahawa 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun.

Khalid dilaporkan berkata, polis bertindak menahan kumpulan berbasikal itu bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu media malam tadi, bahawa ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

Beberapa penunggang basikal dan penyelaras Jerit telah ditahan dan disoalsiasat di bawah Akta Polis kerana mengadakan perarakan awam tanpa permit dan di bawah Akta Kanak-kerana kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak.

Sebaliknya, kata Jerit, kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut