Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner
Showing posts with label catitatan Zabidie Abbas. Show all posts
Showing posts with label catitatan Zabidie Abbas. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

SETIAP PENDUDUK KENA BAYAR SAGUHATI RM 3,000 KEPADA CAWANGAN UMNO

Peristiwa syahdu di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Puak hina dari kelompok Datuk Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen dan juga Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru.

Seorang ahli 'power' UMNO Bahagian Johor Bahru berkata kepada penduduk yang diarahkan berpindah kerana tapak rumah meraka akan diambil oleh kerana pembangunan.
" Pakcik, pemaju bersetuju memberikan RM18,000.00. Oleh kerana UMNO telah banyak berjasa, RM3,000.00 diambil dari setiap penduduk sebagai saguhati kepada cawangan UMNO ".
"Jika pakcik tidak ambil sekarang, bulan depan kami akan ambil lagi RM1,000.00 dan setiap bulan lewat ambil RM1,000.00. Jika pakcik ambil bulan depan duit pakcik tinggal RM14,000.00, begitulah seterusnya ".
Maka lengkaplah sudah slogan UMNO Juara rakyat. Bagi UMNO menipu dan menjahamkan bangsa melayu adalah kewajiban yang perlu diteruskan.
Pencatat ingin mencabar pihak Polis dan SPRM untuk menyiasat dan mencari kesahihan pekara ini. Walaupun kita tahu jika melibatkan UMNO, pihak ini akan tertidur dengan lena.
Jika terdapat 300 penduduk yang dipindahkan maka RM900,000.00 bakal dilanunkan oleh UMNO Johor Bahru.