Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 28, 2015

SAKIT BN JATUH DI SINI?

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis kerana memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2015.Seorang pegawai kanan polis bersara hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai pengarah jabatan siasatan jenayah komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka memendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

"Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.

Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu.

Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, pegawai-pegawainya dan kerajaan kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.

Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

Ramli, yang kini seorang peguam, dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram.

"Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli.

Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan.

Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti.

"Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar.

"Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.

Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

"Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.

Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.

"Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan."

Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.

Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan peguam negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Ramli berkata, Musa dan Gani juga tidak berpuas hati dengannya kerana menyiasat Goh tetapi dia terpaksa melakukannya kerana isu peminjam wang haram menjadi kebimbangan negara berikutan laporan keganasan dan ugutan ke atas orang ramai.

Katanya, Goh kemudiannya pada 2007 diletakkan di bawah perintah kediaman terhad yang ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharum.

Ramli berkata, Goh, yang memfailkan permohonan habeas corpus, membuat beberapa dakwaan membayangkan Musa dan Gani membersihkannya dari sebarang salah laku.

Katanya, beliau kemudian mendapat tahu Musa menyerahkan satu fail sulit mengenai Goh kepada Gani yang dia (Ramli) juga tidak tahu mengenainya.

Ramli berkata, Gani dan Musa mendapatkan kenyataan dari seorang penjenayah, Moo Sai Chin, yang menyebabkan SPRM mengeluarkan notis memintanya mengisytiharkan harta dan kemudian mendakwanya terlibat rasuah.

Pada 12 Mac, 2009, Mahkamah Sesyen membebaskan Ramli dari tiga pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai pemilikan saham dalam Telekom Malaysia Bhd, Permaju Industries Bhd dan dua lot pejabat bernilai RM1.032 juta.

Pada 27 Julai 2008, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu juga membebaskannya daripada tuduhan menyalahguna kuasa pada 2007 kerana didakwa menggunakan pesawat Cessna polis untuk kegunaan peribadi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Su Geok Yiam bersambung. – 27 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gani-musa-hasan-berpakat-singkir-saya-kata-polis-bersara#sthash.XgLB3xh3.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

Dua ekok Berok ni wajib dihadap ke Mahkamah.salah guna satu hal melindungi Ketua Gengster satu hal yang salah disks undang2.Wajib di tahan.KPN jgn Buat Pekak Badak.