Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 17, 2015

DULU KHALID MB DIPECAT ,KINI KHALID KPN PULA?

KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan. R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.  “KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebagai saja keterangan direkodkan.  “Beliau cuba untuk beri tanggapan polis tidak dapat merekodkan keterangannya semalam, maka perlunya reman itu dilakukan.  “Tanggapan yang beliau cuba beri itu palsu dan tindakan itu tidak wajar bagi seorang ketua pasukan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Malam tadi, Khalid berkata Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan yang dibuatnya di himpunan berkenaan dan bukan ucapan di Parlimen. “Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan untuk membantu siasatan polis berhubung himpunan #KitaLawan dan membuat kenyataan menghina sistem kehakiman.  “Beliau akan dibebaskan sebaik saja keterangan direkodkan,” katanya dalam kenyataan 2 perenggan yang dipaparkan di laman Facebook polis. Sivarasa mengiringi Nurul Izzah ketika beliau ke balai polis Dang Wangi, jam 2 petang semalam untuk merekodkan keterangannya berhubung pembabitan dalam himpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur, bulan lalu dan ucapannya di Parlimen minggu lalu yang didakwa berunsur hasutan. Beliau berkata rancangannya ialah untuk merekodkan keterangannya berhubung himpunan itu oleh Inspektor Ridzuan dan kedua berkenaan ucapannya oleh ASP Muniandy dari Bukti Aman. Susunan itu dipersetujui sebaik saja beliau tiba di Dang Wangi, semalam oleh Muniandy, katanya. Sivarasa berkata, pada jam 3 petang, Nurul Izzah selesai memberikan keterangan pertamanya tetapi Muniandy kemudian memaklumkan kepada mereka beliau terima arahan untuk menahannya dulu sebelum meneruskan dengan prosiding rekod keterangan kedua. “Bila saya tanya sama ada beliau akan dilepaskan selepas itu, Muniandy hanya berkata dia akan mendapatkan arahan pegawai atasan di Bukit Aman. “Kami tanya sekali lagi jika polis akan mula merekodkan keterangan bila dokumen tahanan disiapkan kira-kira jam 5 petang, tetapi Muniandy berkata arahannya ialah mereman Nurul Izzah di Jinjang dan polis akan mendapatkan perintah sambung reman esok pagi,” katanya. Sivarasa berkata, Muniandy memaklumkan kepada mereka beliau sudah memberitahu pegawai atasannya keterangan Nurul Izzah patut direkodkan dan boleh dibebaskan atas jaminan polis tetapi mereka mengarahkan beliau direman untuk keterangan diambil. “Kami tekan beliau supaya beritahu siapa pegawai atasan itu. Walaupun beliau tidak beritahu nama mereka, kami ada tanggapan jelas, arahan ini datang daripada yang paling atas dalam pasukan polis di Bukit Aman. “Khalid menipu orang ramai mengenai arahannya kepada pegawai berhubung penahanan Nurul Izzah,” katanya. Sivarasa berkata Khalid patut meletak jawatan atas “penipuan yang tidak tahu malu” kepada orang awam untuk cuba menjustifikasikan arahan kepada pegawainya untuk mereman Nurul Izzah semalaman di lokap Jinjang, tahanan reman yang tidak perlu langsung. Wakil rakyat PKR itu berkata, Khalid patut tahu semua orang tahu dan amat jelas ada pembabitan politik dalam penahanan Nurul Izzah. “Penipuan tidak bijak tidak akan menghalau tanggapan itu,” katanya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/17/2015 12:16:00 PTG 

1 comment:

Malaysiabaru said...

POKIMAK ni memalukan MalaysiaL di mata dunia... Baru dpt LLb Hons blgak mcm babee