Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 27, 2014

SEBELUM PISANG BERBUAH DUA KALI, JAGALAH SENDIRI PULAU PISANG!

Sinar Harian] SHAH ALAM - Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).
Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.
“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.
“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.
Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.
Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.
“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.
Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.
“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.
“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.
“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.
Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”
1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.
Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.
Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda. -RAZIATUL HANUM A. RAJAK/27/10/14

3 comments:

Pisang Awak said...

selagi umno memerintah selagi itu pisang tetap berbuah berapa byk kali pun.

ketika tanah negara ini tergadai dlm isu besar yg dikecilkan ketika itu difitnah anwar menjual negara.

sekiranya anwar tiada lagi, maka apakah negara akan terselamat dpd tgn2 pemerintah yg tidak beramanah yg menggadai negara?

pulau pisang akan tergadai, singapura utara sedang dlm pembinaan.

yg penting melayu mesti hidup, walaupun sebagai keparat, kerana itu hanya hidup melayu yg dilaungkan. bagaimana hidup melayu itu tidak menjadi persoalan.

selamat tinggal pulau pisang. akan dikenali sebagai banana island of singapore.

abuamir said...

Setiap tahun jet singapura ceroboh ruang udara kita beribu kali. Apa pemimpin kita buat? Goyang telur? Sekarang ni jet mereka setiap hari berlegar di Gelang patah, johor. Kenapa pemimpin umno & penyokong mereka senyap aje? Mana maruah negara kita? Cubalah jet atau bot kita masuk kekawasan singapura, belum masuk lagi mereka dah sedia tunggu.

Apakah selatan johor akan jadi palestin ke2? Sekarang banyak hartanah dah jadi hakmilik mereka. Melayu johor kian terpinggir dan hanya sibuk dgn slogan "Hidup Melayu x3". Pemimpin umno dok jual negara kpd rakyat asing. Akan dtg rakyat china pula akan dtg membeli rumah2 mahal di johor. Pemaju2 china sdg sibuk membina projek2 mewah utk mereka dgn nilai lebih sejuta RM. Mana melayu mampu? Melayu johor hanya mampu - hidup melayu..............Melayu merempat ditanah air sendiri.

Apa pun akan dijual oleh Sult*n dan pemimpin umno asalkan mereka kayaraya.

Anonymous said...

Macam mana kes ni? Pulau Pisang Malaysia punya tapi ada rumah api milik Singapura?
Ini sewa ke, pajak ke, jual ke?