Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, June 11, 2014

ORANG DUNGU AKA BODOH SAHAJA YANG TIDAK PERSOALKAN KES KOS INI.

Landasan tambahan KLIA2: Rakyat tanggung kos, syarikat kaut untung

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keon mempersoalkan tindakan kerajaan menanggung kos pembinaan landasan tambahan menghubungkan KLIA dan KLIA2 bernilai RM100 juta yang sepatutnya ditanggung kontraktor Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed yang membangkitkan hal itu 28 April lalu.

Nur Jazlan dilaporkan berkata, landasan sepanjang 2 kilometer itu sepatutnya termasuk dalam projek pembinaan KLIA2 dan ditanggung kontraktor sendiri.

“Mengapa landasan ini tidak dimasukkan dalam peruntukan awal sehingga terpaksa keluarkan tambahan RM100 juta?” soal Steven dalam sidang media di Parlimen.

Menurutnya lagi, ketika hal itu dibangkitkan di parlimen, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi cuba mengelak dengan hanya menjawab ia dibina untuk kegunaan rakyat.

“Saya tidak menolak kepentingan kemudahan awam, tetapi isu utamanya adalah penggunaan duit rakyat tetapi pada masa yang sama syarikat swasta yang mengaut keuntungan.

“Landasan ini adalah tambahan kepada landasan ERL Express yang dikendalikan Express Rail Link (ERL) Sdn Bhd. Walaupun kosnya ditanggung rakyat, penumpang yang ingin menggunakannya perlu membayar tambahan RM2, selain RM35 bagi perjalanan dari KL Sentral ke KLIA.

“Ini sama seperti ‘memilikrakyatkan kos, menswastakan keuntungan.’ Mengapa kerajaan membantu ERL Sdn Bhd mengembangkan asetnya dengan mengorbankan wang rakyat?” soalnya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa ERL Sdn Bhd dianugerahkan konsesi 30 tahun pada 1997, dengan pilihan untuk dipanjangkan lagi untuk tempoh 30 tahun seterusnya, bagi membina dan mengendalikan keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan KLIA.

No comments: