Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 14, 2014

ASTAGHFIRULLAH ! PASARAYA JUAL ARAK DI BUKIT SENTOSA 2 !

Ana singgah di 99speedmart dan di dapati ada seksyen menjual arak. Adakah kita mahu anggap perkara ini 'perkara biasa"?Kita sebagai orang Islam wajib bantah.
Bukit Sentosa 2 kini sudah mempunyai 3 Pasaraya yang sederhana besar iaitu sebuah di Jalan Anggerik 6 tak silap dipanggil Beruntung Murah  dan 2 buah(Pasaraya Norsejahtera dan Pasaraya Chan)  di Jalan Seroja 1 .Kini muncul sebuah lagi iaitu 99speedmart. Sebagai gambaran ramainya orang Islam di sini sebuah Masjid sedang dibina iaitu di atas tapak Surau Saidina Ali di Jalan Anggerik 5.Terdapat 4 buah surau termasuk Surau Saidina Ali iaitu Surau Al-Mutaqin di Jalan Anggerik 3, Surau Hayatul Islam di Jalan Seroja dan Surau Al-Amien di Seri Anggerik 3.Ana menganggarkan tidak kurang 90% adalah orang-orang Islam mendiami perumahan di Bukit Sentosa 2 ini yang boleh dikatakan  merangkumi Taman Anggerik 1, Taman Anggerik2, Taman Anggerik 3,Taman Anggerik 5,Deretan Kedai Jalan Anggerik 6 , Taman Seroja 3, Taman Seroja 5 dan Deretan Kedai Jalan Seroja .Tempat yang baru ini dan majoriti orang Islam tak perlulah 99speedmart menyediakan seksyen arak tsb.Mereka yang mahu membeli arak boleh ke Bandar Bukit Sentosa jarak 3 km dan boleh beli di sana.

2 comments:

Anonymous said...

memang 99speedmart jual arak. sama mcm 7eleven.

dulu aku ingat speedmart ni jual aksesori kereta. namapun speed.

Pengejar angin said...

Kiranya sume 99speedmart ade jual arak eaaa ,
Bru igt nk kje situu ...
Ummm