PRK Kajang: 4 bekas tokoh Umno kongsi pentas tolak BN
KAJANG 16 MAC: Empat bekas tokoh Umno semalam berkongsi pentas dan menyeru pengundi menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Datuk Tamrin Abdul Ghafar, Dr Zayadi Awang Noh, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Sharif Omar yang berucap pada ceramah bertema ‘Tiada Esok Bagi Umno BN’ di Tapak Karnival Usahawan di sini, malam tadi.
Tamrin menyertai PAS sejak 2012, Dr Zayadi (bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan), Lajim (bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Shariff (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)
Memetik Keadilan Daily, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat turut hadir antaranya Pengarah PRK Kajang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Dengan pidato yang berkobar-kobar, mereka membuat beberapa pendedahan dan mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang lemah
“Semasa saya jadi timbalan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang, saya disuruh buat mesyuarat panggil ketua bahagian untuk sokong tindakan pemecatan terhadap Anwar,” kata Shariff.
Tamrin pula berkata, rakyat Kajang perlu menolak pembaziran Najib yang boros berbelanja termasuk menggunakan pesawat persendirian ke luar negara ketika rakyat terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
“Kita (rakyat) dapat apa?, Umno BN menang dulu sebab tipu orang kampung. Saya minta kita tunjukkan, ajar pimpinan Najib,” katanya.
Dr Zayadi pula berkata, kepentingan memilih kepimpinan yang baik untuk kesejahteraan rakyat, dengan menjadikan kerajaan Kelantan dan selangor sebagai contoh.
“Mereka (pemimpin Umno) hidup di luar batasan kemampuan, tapi rakyat kena makan kangkung. Kita mahu kepimpinan yang baik seperti pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kenapa Pakatan Rakyat Selangor boleh bertahan, boleh menang lebih daripada dua pertiga majoriti? Kerana kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya.
1 comment:
sume speed 99 jual arak!kt kawasan kampung pun ada.klu speed ni bukak kedai... arak pasti ade!harap pihak berkuasa cepat bertindak!org kafir ni sentiasa nk mendajal org islam!yg islam pula x sedar diri dah ada hukum pun dok cm xde agama.
Post a Comment