Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 21, 2014

PELUANG JMB/MC SELANGOR BERHIMPUN!

HIMPUNAN PERDANA JMB / MC NEGERI SELANGOR.

Tarikh - 2 Mac 2014

Masa - 8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat - Kolej Universiti Islam Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang.

Ia akan diresmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor).

Penyertaan dibuka kepada semua JMB (Badan Pengurusan Bersama) dan MC (Perbadanan Pengurusan) di Negeri Selangor.

Tujuan program ini adalah
,

1.) Menyampai dan memberi penerangan kepada JMB dan MC tentang visi dan halatuju Kerajaan Negeri untuk pembangunan berstrata.

2.) Membimbing JMB dan MC agar dapat mengurus dan menyelenggara kemajuan mereka dengan cekap dan efisien.

3.) Memberi peluang kepada JMB dan MC untuk bertemu dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi seperti Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor, Pejabat Tanah Dan Galian Pihak Berkuasa Tempatan, Syabas, TNB dan Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).

4.) Memberi peluang kepada JMB dan MC untuk bertemu dan berkongsi pengalaman agar dapat membantu mereka menjadikan kawasan kemajuan mereka lebih bersih, ceria dan harmoni.

Adalah dijangkakan masalah-masalah seperti migrasi meter pukal kepada meter individu, pengeluaran hakmilik strata dan pembayaran yuran penyelenggaraan yang tertunggak akan dibangkitkan pada himpunan ini agar jalan penyelesaian dapat diusahakan.

Program ini adalah sebahagian dari Kempen Bersih, Ceria Dan Harmoni yang dilancar dalam tahun 2009.

Selain dari itu, Kerajaan Negeri juga telah melancarkan Kempen Anti Vandalisme untuk pembangunan berstrata.

Ini adalah kali kedua himpunan seperti ini telah diadakan. Kali pertama adalah dalam tahun2009 dan kali kedua adalah dalam tahun 2012.

Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor
21 Februari 2014.

No comments: