Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 29, 2014

UCAPKAN INNALILLAH KEPADA CCTV !

Komen : Kami mengucapkan innalillah atas insiden rompakan ala ragut di Lampu Isyarat di Ampang. Semoga tabah menghadapi dugaan. Diharap Ahli Pakatan Rakyat terutama PAS di Ampang akan membantu apa yang termampu kepada Pn Aishah sekeluarga terutama trauma yang dihadapi .Innalillah ..juga kepada CCTV yang dah tak boleh digunakan baik diganti baru agar boleh berfungsi. Rompakan di trafic light atau di lampu isyarat patut dibentras. Jika polis tak mampu buat operasi nyamar+serkap+tangkap maka pastikan CCTV berfungsi .sekurang-kurangnya ada yg akan masukkan ke youtube bagi sedarkan masyarakat bahawa kena jaga diri sendiri nak harap video cctv pun tak boleh guna.


Aishah disamun di lampu isyarat

Ampang: Penyanyi wanita popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah berusia 48 tahun kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di sini, kelmarin.


Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal dilapor memecahkan cermin bahagian penumpang kereta jenis Mercedes Benz milik penyanyi terbabit sebelum melarikan beg tangan mangsa.


Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran bersama anaknya dilapor memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.


Katanya, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki kemudian berhenti bersebelahan kereta milik mangsa sebelum pemboncengnya memecahkan cermin penumpang dipercayai menggunakan topi keledar.


“Suspek merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan awal dilakukan pihak berkuasa mendapati penyanyi itu tidak mengecam wajah kedua-dua suspek.


“Malah, polis yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian juga dilaporkan tidak mempunyai petunjuk jelas mengenai kejadian itu apabila semakan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di persimpangan lampu isyarat berkenaan tidak berfungsi,” katanya.


Katanya, pihak berkuasa juga gagal mendapatkan saksi bebas mengecam dua penjenayah terbabit tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.


Difahamkan, penyanyi berkenaan dan anaknya tidak cedera dalam kejadian itu. Beliau berkata, selain wang tunai RM1,000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kredit milik mangsa dilarikan penjenayah.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.

-hmetro-

No comments: