Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, January 16, 2014

ISU KaNG KoNG PENYELAMAT ISU PANAS HULU SELANGOR!

IKHTIBAR  : Bila Pemuda UMNO HULU SELANGOR TUMBUK PIMPINAN TERTINGGI MIC MALAH TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DAN AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR ...MAKA APA LAGI YANG KAMU NAMPAK WAHAI ORANG UMNO DAN WAHAI AHLI MIC? HANYA FIKIR PENTINGKAN DIRI SENDIRI ,BILA KABEL TAK LAKU UNTUKNYA MAKA TUNJUK KETIDAKPUASHATINYA DENGAN PENUMBUK! 

Tumbuk Timbalan Menteri - Umno beri surat tunjuk sebab
KUALA LUMPUR - Umno akan memberikan surat tunjuk sebab kepada seorang anggotanya yang didakwa telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan baru-baru ini, kata Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, surat itu perlu dijawab individu terbabit, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Hulu Selangor, Muhammad Rizuan Suhaimi sebelum tindakan lanjut diambil.

"Umno memandang serius terhadap tindakan tersebut dan kepimpinan tertinggi parti berasa kesal dengan insiden itu dan menganggapnya sebagai tidak sewajarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Adnan berkata, Umno menolak tindakan kekerasan dalam apa-apa penyelesaian masalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak terbabit terhadap Kamalanathan yang juga Anggota Parlimen Hulu Selangor.

Katanya, dalam apa-apa hal pun, pendirian Umno tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada pertelingkahan atau bentuk kekasaran yang tentunya hanya akan mengundang keadaan lebih buruk.

Pada kejadian Ahad lepas, Kamalanathan dilaporkan ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program dianjurkan di kawasan berkenaan.

- Bernama

2 comments:

Nakhoda Kuala said...

ISU KANGKUNG SEBENARNYA SELAMATKAN NIK AZIZ. DIA YANG PERLEKEH NABI DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.
AKU TAK TAU KITAB MANA RUJUKANNYA TAPI DIA JER YANG BERANI KATA NABI MACAM MAMAT MAMAT KAMPUNG DIA..

Anonymous said...

Anda pula rujuk kat mana kata-kata dia?