Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, January 10, 2014

DULU TIANG SERI SEKARANG DAH HILANG SERI WLPUN ADA TAN SRI !

Dulu jadi tiang seri UMNO tapi kini .???
Shafee gagal ketepi keputusan lembaga disiplin
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal mengepikan keputusan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang menetapkan hukuman denda sebanyak RM5,000 ke atasnya kerana melanggar Akta Profesion Undang-undang atas dakwaan salahlaku.

Keputusan itu ekoran penerbitan tulisan bertarikh 27 September 2009 di akhbar The Star yang didakwa memuji peguam tersebut.

Pesiden Badan Peguam pada 2010, Ragunath Kesavan melaporkan perkara itu kepada lembaga berkenaan ekoran penerbitan tulisan tersebut.

Lembaga tersebut pada 5 Oktober 2012 mengarahkan Shafee membayar denda tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaleha Yusof berkata beliau mendapati mahkamah tersebut tidak perlu mengusik keputusan Badan Peguam.

No comments: