Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 30, 2013

BUKAN TERKEDU TAPI PDRM PATUT MALU !


Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik.

“Penyiasatan itu bermotifkan politik untuk memberi sokongan kepada tindakan kerajaan yang mendakwa akan wujud usaha menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

“Kita bagi tempoh 48 jam atau dengan segera, tangkap blogger pro-Umno yang mengeluarkan e-mel palsu itu, kalau tidak, kita akan tahu bahawa mereka itu memihak kepada Umno dan bukan menjalankan siasatan dengan adil,” katanya selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Surendran juga mendakwa PDRM cuba bermain ‘wayang’ dengan menghubungi anak guamnya semalam untuk memberikan keterangan sedangkan mereka cuba memberi gambaran seolah-olah ancaman menggulingkan kerajaan itu adalah benar.

“E-mel itu juga tidak berasas malah polis tidak menyiasat penyebar e-mel terbabit, kenapa mereka menghubungi Rafizi dan berlakon sedangkan PDRM cuba memberi gambaran sebenar seolah-olah ancaman guling itu akan berlaku,”


“Secara rasmi telah dinyatakan dalam keterangan polis hari ini e-mel itu palsu, sila ambil tindakan ke atas blogger Umno dengan segera,” katanya lagi. ~sh

No comments: