Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 30, 2013

ADAKAH BN AKAN TERJUNAM SEBELUM PRU14?

ADAKAH BN AKAN TERJUNAM SEBELUM PRU14?

1 comment:

Anonymous said...

Selagi rakyat senang diperbodohkan maka peluang masih lagi berat tetapi sentiasa lah berdoa kepada ALLAH agar mereka-mereka ini tersedar dari suntikan yang berbisa dari UMNO-BN. Mereka perlu gunakan otak untuk berfikir apakah selama ini dengan memberi sokongan pada UMNO-BN mereka akan terkecuali dari perbuatan yang tidak mengendahkan kesengsaraan rakyat menempuh perbagai masalah kos sara hidup yang sentiasa naik. Jika mereka ada mendapat habun dari UMNO tiap bulan memang tak dapat dipertikaikan, ini apa..abuk pun tak ada, lagi musibah dibuatnya. Janganlah dibodohkan kerana nak sekupang tetapi rugi berkupang-kupang. Untung setahun tapi rugi lima tahun. Kita dah diberi mandat memilih yang lebih baik dari yang terbaik, apatah lagi macam sekarang ini yang penuh dengan masalah kurang jujur dari pemimpin untuk membela rakyat. Sana sini terjerumus dengan pemikiran bagaimana untuk memperkaya diri sendiri, sampai negara tak terurus dengan betul asalkan kantung penuh berisi, rakyat peduli apa kerana mudah diperbodohkan. Cubalah buat perubahan, tiada siapa yang boleh merubah jika kita sendiri tidak mahu perubahan. Tiap-tiap lima tahun kita boleh memilih sesiapa yang kita harap dapat membantu dan memberi harapan untuk kita hidup selesa, andaikata tak termampu ditunai hanya pembohongan waktu kempen kita boleh menukar lagi kepada mereka-mereka yang lebih baik. Negara tidak akan mundur kerana ada persaingan sihat, sebagai contoh seperti Amerika, UK dan banyak lagi yang kita perlu tahu. Tak pun negara mereka dalam kerugian, yang rugi hanyalah mereka-mereka yang ingin nak dapat kuasa yang mana menjurus kepada perbuatan kurang amanah seperti rausah, dwi-standard dalam menjalankan tugas,misalnya pihak PDRM, pejabat peguam negara dan kehakiman dll. Jika negara kita ada sistem yang terbaik saja patut memerintah negara, alangkah bahagianya kehidupan rakyat.