Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 3, 2013

TAHNIAH KERAJAAN SELANGOR DAPAT KREDIT DARI AUDIT

Audit Negara puji program Pakatan Rakyat Negeri Selangor
Selasa, 1 Oktober 2013

Audit Negara: Program hadiah masuk universiti kerajaan Selangor capai sasaran

Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran.

Menurut laporan itu, audit yang telah dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.

"Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan.

"Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan," kenyataan itu dipetik.

Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang pilihan raya umum ke-12.

Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institut pengajian tinggi.

Dalam pada itu, laporan audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.

Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan.

6 comments:

Anonymous said...

kesahihan statistic berkenaan tidak benar...ada permohonan untuk pinjaman pelajaran dari yayasan Selangor ditolak alasan telah cukup kouta... kemudian keluar isu yayasan Selangor tidak ditadbir urus secara berhemah, mengadakan jamuan sambutan ulangtahun yayasan yang menimbulkan kontroversi.

Anonymous said...

Ada jarum karat mau cucuk daaaa.....Kami di Selangor no prob. Happy sokmo . Alhamdulillah

Anonymous said...

dey macha 7:56AM.....lu sapa mau cakap.....itu audit punya cakap laaa.....gua lebih percaya itu audit punya cakap laaa....gua tarak percaya sama lu......sbb itu syaitan dikenali sudah bisik sama lu.....

Anonymous said...

dey macha 7:56AM juga, awak aa, memang busuk punya orang.... ada dengki sama PR punya K'jaan S'gor. Dulu punya k'jaan sebelum 2008 ada dpt pujian ini macam kaaa????? Lagi tipu rakyat ada laaa... pooodah!

Anonymous said...

dey macai 7:56AM...lu setan gondol!!!....

Anonymous said...

wahai melayu bengap yang terus meberus sokong umno/bn, bila lagi mahu berubah, telah terbukti umno/bn penyeleweng, boros, tipu, dera rakyat melalui cukai dan kenaikkan harga barang. kini terbukti PR lebih baik dari BN. tinggalkan umno/bn yang banyak menyusahkan rakyat dan mengkayakan pemimpin dan kroninya saja.