Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 3, 2013

SPR MEMANG BIJAK, HAK RAKYAT TERUS DIPIJAK!

Memang bijak SPR bermain politik , Tahniah ! SPR letak hari penamaan calun pada hari Rabu dan Pengundian hari Isnin. Memang bijak otak menggelegak otak penipu.wallahualam

PRK Sungai Limau: SPR Tetapkan 4 Nov Hari Pengundian, 23 Okt Penamaan Calon

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sementara tarikh penamaan calon pula pada 23 Oktober ini.

"Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini. 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, Khamis.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

No comments: