Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 11, 2013

SUHAKAM BANTAH TINDAKAN 'KEJAM'

Suhakam bantah kenyataan Zahid, langgar hak asasi manusia



























Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang berkata "tembak dahulu" terhadap penjenayah yang disifatkan sebagai melanggar hak asasi manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan itu dan ia boleh menyebabkan Malaysia akan menerima kritikan daripada pihak antarabangsa.

“Kita khuatir dengan apa yang dikatakan Zahid termasuk dengan tindakan kerajaan meluluskan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA ) akan menjejaskan rekod hak asasi Malaysia yang akan diteliti di bawah penilaian Pengkalan Sejagat (UPR) pada hujung bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Beliau berkata, kenyataan menteri itu bertentangan sepenuhnya dengan prinsip hak asasi manusia.

“Ia amat bercanggah dengan kenyataan Pengistiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) Dan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi manusia seperti perbicaraan adil serta perlindungan sama rata di sisi undang-undang.

“Malah pendekatan yang seolah-olah membenarkan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang di tangan mereka menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan sistem pengadilan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Suhakam menggesa kerajaan menetapkan piawaian dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.

Sebelum ini, tindakan Zahid dikatakan membenarkan polis "menembak dahulu" penjenayah dirakam dalam klip video yang dirakam di sebuah majlis taklimat keselamatan di Melaka pada Sabtu.

Dalam majlis itu, beliau turut didakwa berkata kumpulan penjenayah Tiga Line, yang disenaraihitamkan oleh polis dalam pertubuhan haram adalah "kawan-kawan".Diana Ibrahim

No comments: