Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 11, 2013

SEORANG ANAK PUNYA ASET 1 BILION RM?

Anak Taib Mahmud miliki aset lebih RM1 billion

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir memiliki aset lebih RM1 bilion di Malaysia.

Bekas isterinya, Shahnaz A Majid (gambar) dalam keterangannya berkata, kekayaan bekas suaminya iaitu anak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu mencecah RM916,073,565 hingga RM1.3 billion.

Katanya, jumlah itu diperoleh setelah dia melantik seorang akauntan bagi menilai aset Mahmud Abu Bekir.
 
Daripada jumlah keseluruhan, RM219 juta adalah nilai saham daripada 20 buah syarikat.

Shahnaz, yang juga adik kepada penyanti Jazz, Datuk Sheila Majid memberi keterangan di mahkamah hari ini bagi menuntut RM300 juta harta sepencarian dan RM100 juta mutaah bagi tujuan penceraian.

Shahnaz, 50, turut menuntut 50% daripada semua aset yang dimiliki bekas suaminya.

Proses penceraian itu menggambarkan kemewahan keluarga Ketua Menteri Sarawak.

Menerusi tuntutan yang difailkannya, Shahnaz turut menyenaraikan tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat yang dinyatakan sebagai hasil sepencarian.

Dalam perbicaraan hari ini, Shahnaz berkata, jumlah keseluruhan aset itu termasuk empat ladang kelapa sawit, rumah banglo dengan kolam renang di Bukit Tunku dan warisan daripada arwah ibunya, Puan Sri Laila Taib.

“Secara ringkas, aset itu bernilai antara RM916,073,565 hingga RM1,334,925,389,” katanya ketika menjawab soalan peguamnya, Dr Rafie Mohd Shafie.

Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada 9 Januari 1992 dan mempunyai seorang anak lelaki Raden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.

Mereka mendirikan rumah tangga selama 19 tahun sebelum Mahmud Abu Bekir memfailkan penceraian pada 11 Mei 2011.

Perbicaraan di hadapan Hakim Muhamad Karim Abdul Wahab itu ditangguhkan pada 6 November. - 11 Oktober, 2013.

1 comment:

Anonymous said...

dasar buaya makan semua...tapi tidak buaya ini...

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888#.UlfegVDQmos