Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 10, 2013

'SILA URUS' BUKAN ERTI 'LULUS"!

Ini Penjelasan MB Kelantan Berkenaan Balak 3,500 Hektar

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) mengesahkan ada menerima permohonan untuk pembalakan di tanah hutan simpan seluas 3,500 ekar di Ulu Sat, Machang, tetapi ia belum diluluskan.

Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata demikian ketika menjawab pendedahan bekas Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang meminta supaya ia tidak diluluskan.

"Sememangnya ada permohonan, tetapi belum diluluskan," kata Ahmad Yakub dalam jawapannya itu."Di meja MB ini ramai orang minta macam-macam. Ambo (saya) minit "sila urus"," katanya.

Tindakan meminitkan penyataan "sila urus" ditafsir oleh pihak yang melihat dokumen ini sebagai permohonan itu diluluskan.

Ahmad menjelaskan perkara itu dalam DUN dengan berkata “sila urus” itu bermaksud “sila mendapat maklumat apakah (status) kawasan ini, sebab kawasan ini kawasan kerja."

"Alhamdulillah, kita sedang mendapat maklumat. Kerajaan negeri membuat satu kaedah, iaitu kes sebegini hendaklah diputuskan di (Mesyuarat) Jawatankuasa Kecil Perhutanan yang dipengerusikan oleh saya," katanya.

Bagaimanapun, katanya apabila dilihat kepada pandangan awal oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan, ada catatan, "pada dasarnya ditolak kawasan ini".

"Insya Allah, pandangan ini akan diambil sebagai panduan untuk saya buat keputusan," katanya.

Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di DUN kelmarin, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu yang berkuatkuasa Ogos lalu.

Husam berkata, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan. ~tmi

5 comments:

Anonymous said...

teguran baik..dan ada manfaat..tapi takkan sampai ucapan penggulunggan pun nak menyampuk..memadai la masa berbahas dulu..seolah semua org tak telus ada kecenderungan nak lulus atau..aku je yg cerdik hok lain tak reti belake,..boleh pijak pala..adakah satu lagi episod us nasa dalam pembikinan?

Anonymous said...

ANONYMOUS 3.02PM,
Yg nak sapu balak tulah geng Us.Nasa bukan yg buat teguran.Tak faham-faham.

Anonymous said...

Hutan di Gua Musang bagi kat Kor Ming dan Koo Ham tu apa citer? Sonyap yo Husam. Skrg nak 'bela' hutan balak plak ye? Dah kena singkir baru tau hutan tu penting?

Anonymous said...

Walaupun aku tak sokong PAS, tp aku thumbs up cara Datuk Ahmad Yaakub jawab 'serangan' Husam. Masih tenang. MB patut dibagi peluang buktikan kemampuan. Bukan mcm Nik Aziz yg dapat mandat 20 tahun, hapah pun tk jadi. Husam pun 2x5 jugak. Agaknya selama ni teguran Husam 'tak berkesan' sbb Nik Aziz tak layan kot?

Anonymous said...

slm bro anm 9:47
hutan tu bkan kerajaam ambik dan bg dkt kor min&kor ham direct. aslny tnh tu dluluskn kpd sykt UPSB d bwh perhutanan untk dtnam getah.dan getah tlh d tanam dalm 1000 ekr-mkg skrg da lbh. tapi pemilik upsb jual syrkt dia(mksd ambl alih syrkt trmasuk tnh yg dluluskn).
sape2 pn blh bli kalau ada duit..haha trmsuk bro..
moral of the story,jgn amek cite kdai kopi wak komen blog..nampak sgt kebodohan-Nya