Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, October 21, 2013

MASA PRU13 SATU PARLIMEN TENDANG AKU, KINI SATU NEGERI TERAJANG AKU!


Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam kecewa apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri Melaka mengundinya untuk jawatan Naib Presiden.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau hanya mendapat undi daripada Umno Bukit Katil yang diketuainya sementara lima lagi bahagian seperti Tangga Batu, Alor Gajah, Masjid Tanah, Jasin dan Kota Melaka tidak berbuat demikian.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi salah satu daripada tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden.

“Kalau hendak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

“Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat tiada siapa hendak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi Ketua Menteri semua sokong saya," katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Mohd Ali yang bertanding jawatan Naib Presiden bersama lima calon lain tewas selepas hanya mendapat tujuh undi daripada bahagian.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, beliau tewas di kerusi Parlimen Bukit Katil kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar.

Mohd Ali yang juga Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hanya mengekalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Katil selepas menang tanpa bertanding.

Ketika mengulas lanjut mengenai kekalahan itu, Mohd Ali berkata, sepanjang 13 tahun memegang jawatan Ketua Menteri, beliau tidak menghadapi sebarang masalah apabila pernah menang jawatan Naib Presiden pada 2004 dan ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dalam pemilihan Naib Presiden pada Sabtu, semua penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 185 undi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (174 undi) manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 100 undi.

Trio itu menewaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memperoleh 91 undi, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Mohd Ali yang masing-masing mendapat tujuh undi.

Kira-kira 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno buat pertama kali mengundi mengikut sistem 'electoral college' bagi memilih tiga naib presiden itu.

Setiap seorang daripada tiga calon yang memperolehi undi paling banyak daripada perwakilan dikira memperoleh satu undi daripada bahagian berkenaan.

Sebelum ini, hanya 2,500 perwakilan menentukan nasib pemimpin Majlis Tertinggi semasa perhimpunan agung parti di ibu negara.

2 comments:

Anonymous said...

Inilah yang dikatakan orang gila kuasa hendak jawatan walau pun masyarakat ramai dan penyokong parti sendiri telah tolak kepimpinan kita ,gila punya maknusia yang bernama Ali bin Ros Tam.

Anonymous said...

sudah jatuh ditimpa tangga...orang Melaka bilang !tegolek anjing! daa...