Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 26, 2013

TAKZIAH DARI MURSYIDUL AM PAS PENGHORMATAN TERAKHIR !


 Takziah atas kembalinya kerahmatullah YB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mantan Menteri Besar Kedah (2008-2013). Ia satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam, khususnya kepada Parti Islam Se-Malaysia. Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh.Termasuklah ketika Multaqa Ulama' baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin.

Mursyidul Am PAS,
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.






No comments: