Komen : Kalau dulu dicadangkan potong RM10 pun tiada respon Menteri kabinet. Tahniah pada BN dalam 47% yang mengundi BN baru seorang yang prihatin dengan nasib rakyat bila harga minyak petrol dan diesel dinaikkan walaupun Pengerusi BN merangkak sebagai PM dah berjanji tiada kenaikan harga minyak selepas PRU13 waima sepanjang tahun 2013. Tahniah atas kesedaran DS Hishamuddin Menteri Pertahanan dan juga Menteri Pengangkutan (Kebetulan ada 2 elaun beranilah dipotong elaun ..sepatutnya kena potong elaun Menteri Pertahanan dan elaun Menteri Pengangkutan) yang mahu segera elaun dipotong.Wahai KSN cepatlah sediakan borang untuk dipotong elaun.
Cadangan pemotongan elaun minyak kepada menteri, timbalan menteri dan
pegawai kerajaan dalam usaha mengurangkan defisit negara disambut baik
pemimpin kerajaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau
bersedia dipotong elaun yang diberikan kepadanya jika langkah itu mampu
mengukuhkan keadaan ekonomi negara.
“Kalau kita mahu rakyat melihat situasi ini (pengurangan subsidi minyak)
dengan berjimat, kita juga sebagai wakil rakyat harus sanggup lakukan
perkara sama.
“Baik potong elaun saya sekarang kalau itu boleh bantu kukuhkan ekonomi,
saya tidak teragak-agak dan sanggup lakukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri yang
turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di
sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
menyarankan elaun minyak yang diperuntukkan kepada pegawai kerajaan
termasuk menteri dan timbalan dipotong bagi mengurangkan masalah defisit
negara susulan isu pengurangan subsidi diesel dan petrol.
Dalam perkembangan lain, Hishamuddin yang juga pemangku Menteri
Pengangkutan, memberi jaminan akan mencari mekanisme bagi memastikan
syarikat pengangkutan bas dan lori tidak menaikkan tambang dan kos
pengangkutan.
“Dari segi pengurangan subsidi saya harap ia akan dapat salurkan manfaat
pada orang ramai, saya akan fikirkan supaya syarikat bas dan lori tidak
naikkan harga perkhidmatan mereka dengan bantuan dari kerajaan.
“Supaya orang ramai yang gunakan bas dan barangan yang dibawa menggunakan lori tidak terbeban akibat kenaikan kos,” katanya.
Katanya, pertemuan bersama pengusaha sektor pengangkutan akan diadakan
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi selain mengusulkan cadangan
mereka supaya dipertimbangkan dalam bajet akan datang.
“Kita akan lihat jika ada formula yang boleh dipertimbangkan dalam bajet
akan datang namun buat masa ini saya minta mereka yang terlibat jangan
lakukan sesuatu yang beremosi.
“Jika perkara ini tidak dipolemikkan, saya yakin orang ramai akan faham
kerana banyak negara gagal urus ekonomi dengan baik,” katanya.
- Sinar Harian
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Boleh percaya ke cakap menteri2 umno ni?
woww....its miracle i tell u..ptong sehingga blan 10 sje yer..pastu sambung blik n gandakn jumlhnya yer..dont forget..for najib..nak naik rega mnyk hingga 0.90 sen ak x ksah pun..tapi naik la thun 2017,2018..baru ko tau..bodoh puny najib bini rosmh..naik la sblum pilihnraya lalu
Dia ni bukannya ada tokoh kepemimpinan pun! Lembik sejak zaman persekolahan di KK dulu lagi. Nasibnya baik kerana bapak dia bekas PM. Qualiti lain? HANCUS!
Post a Comment