KOTA BHARU- “Saya sokong saranan Dr Mahathir agar kerajaan berjimat. Ia
bagus namun agak lewat,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat ketika mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang mahukan kerajaan berjimat bagi menurunkan defisit negara.
Bekas
Menteri Besar Kelantan yang kini masih menjalani rawatan susulan
berkata, berjimat bukan hanya kerana defisit naik atau kerana
perbelanjaan meningkat tetapi kerana ia suruhan agama.
“Ia
(saranan) bagus namun agak lewat tetapi lewat itu lebih baik daripada
langsung tiada. Barangkali Tun Dr Mahathir berpegang kepada prinsip
better late then never (biar lambat asalkan dapat dibuat). Tahniahlah,
namun sesekali apabila memberikan saranan yang sesuai dengan Islam,
saya kira apa salahnya berikan kredit kepada Islam,” katanya, semalam.
Tun
Dr Mahathir yang mengulas peningkatan harga minyak yang diumumkan
kerajaan berkata, dengan penjimatan itu, kerajaan mampu menampung
pemberian subsidi yang tinggi. Nik Aziz yang menerajui kerajaan Kelantan
lebih 20 tahun berkata, ketika beliau mula mentadbir Kelantan pada
1990, dasar jimat cermat inilah yang diguna pakai dalam semua urusan
kerajaan.
Katanya gaji bulanan menteri besar, ahli exco dan
wakil rakyat kerajaan dipotong dan sebahagiannya dijadikan sumbangan
tetap untuk parti. Malah, beliau turut menolak peruntukan untuk keraian
hari raya dan juadah berbuka puasa yang masing-masing berjumlah
RM30,000 dan RM15,000 setiap tahun bermula 1990.
“Saya tidak
mendiami kediaman rasmi Menteri Besar di JKR10 bagi mengelakkan
perbelanjaan mengurus tadbir rumah tersebut dan menyelamatkan kantung
kerajaan, saya mengarahkan agar amalan memberikan cenderamata kepada
pemimpin kerajaan ketika lawatan rasmi ke jabatan dan agensi kerajaan.
"Tujuannya tidak lain hanyalah untuk mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan ke atas tujuan yang tidak perlu,” katanya. (SH)
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment