Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.
“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya. -HM
3 comments:
Pintu dicipta utk keluar masuk. Utk keluar dari belakang dinamakan pintu belakang. Manakala tingkap & beranda@balkoni dibuat untuk ambil angin santai. Jika balkoni dicipta utk keluar masuk bilik,maka tangga @ belon akan disediakan. Maka tepatlah nama ayat 'Pintu Depan' yg bermaksud...apa2 urusan melalui pintu depan. Apa yg pasti kena ingat, balasan kerana dosa tidak semestinya di akhirat.
Kalau pintu maksiat ditutup maka manusia tak kan cari pintu belakang. Kenapa tak persoal manusia yang menganjur sambutan merdeka yang terang2 membuka pintu maksiat..
jangan salahakan sambut malam merdeka
salahkan Bn yang tak mau anjur cara islam
malam 31 ogos tu di dataran alor setar ..darul hadis berqasidah dan berselawat ... hingga jam 2 pagi
semua pakat joint...
polis pun tak marah
kira ok lah
Post a Comment