Bukan nak pulangkan paku buah keras tapi nak jelaskan bahananya bila diberi lagi kepada BN/UMNO memerintah. Kalau diperhalusi hasil saman JPJ/POLIS ,kenaikan harga barang , tiada pelajaran percuma dari tadika hingga Universiti, kurang peluang pekerjaan serta kesukaran mendapat peluang mendapat tender yang terhad akhirnya memberi kesan buruk kepada setiap individu masyarakat terutama ketua keluarga. Jika ditakdirkan pada PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat yang menang dan mnerajui pentadbiran Putrajaya maka beban rakyat seperti hutang PTPTN dan kos bil TNB dan Air dapat dihapuskan dan dikajisemula.Bayangkan kes merompak kerana kesempitan utk menanggung pengajian anak dapat diselesaikan.Wallahualam bissawab.
Undang2 bukan batu. Kita boleh ubah jika kita mahu. Bersikap la prihatin kepada rakyat Malaysia yang memang dalam sesetengah situasi, mereka tersepit, mereka penat, mereka sudah tiada cara lain, mereka terhimpit dan akhirnya dalam keadaan yang memaksa, mereka dipengaruhi untuk melakukan jenayah di dalam negara ini.
Meskipun keadilan untuk mangsa rompakan perlu kita jaga, tetapi kita juga perlu memahami kenapa sesetengah penjenayah melakukan rompakan di negara ini. Bukan semua kes adalah sama. Bukan semua yang merompak kerana mereka memang malas bekerja atau sebagainya.
Di tipu, tak dibayar gaji, hilang harapan, perlukan duit untuk perbelanjaan keluarga, akhirnya memaksa dia membuat satu keputusan drastik dengan melakukan rompakan. Itupun menggunakan senjata palsu. Hakim mengenakan hukuman penjara 90 bulan yakni penjara dekat 7 tahun lebih.
Kalau dibanduing dengan Khir Toyo dari segi jumlah RM maka jelas lebih banyak dari kes ini tapi kena hukum setahun.
Baca kisah kes baru di bawah ini dan banding dari segi RM dan kesalahannya.Kalau Hukum Islam insyallah 'perompak' ini akan dibela dengan lebih adil.
Seorang bapa tujuh anak menangis ketika merayu agar hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah sesyen di sini, semalam dikurangkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan ditambah.
Tertuduh, Zainuddin Mohamed, 45, dari Semanggol, Perak, dijatuhi hukuman penjara 90 bulan dan 12 sebatan selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan merompak pejabat pos menggunakan senjata tiruan.
Hukuman diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh yang melakukan kesalahan itu di Pejabat Pos Cawangan Telok Mas, Taman Seri Telok Mas, kira-kira 12.40 tengah hari pada 22 Februari lalu, membabitkan kerugian RM1,774.
Dia turut melakukan kesalahan sama dengan merompak wang berjumlah RM8,259 di Pejabat Pos Cawangan Padang Temu, Taman Pertam Jaya, kira-kira 12.45 tengah hari pada 14 Ogos 2012.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Zainudin tidak dapat mengawal perasaan sambil mengesat air mata kerana menyesali perbuatannya yang sanggup merompak semata-mata untuk memberi wang belanja kepada anak-anaknya.
Bekas perunding pembangunan syarikat itu merayu hukuman penjara disingkatkan, sebaliknya meminta hukuman sebatan lebih tinggi supaya dapat segera kembali menjalankan tanggungjawab kepada keluarga.
“Kesilapan yang dilakukan berpunca apabila saya bekerja tapi tak dapat gaji. Saya berusaha cari kerja lain namun diberi dugaan, dua hingga tiga kali ditipu. Yuran anak-anak mahal. Sampai satu tahap saya tiada apa-apa dalam poket.
“Saya sedar saya buat pilihan salah apabila hanya mahu mahu melihat anak-anak berjaya. Saya benar-benar insaf,” katanya yang mempunyai enam anak sedang belajar termasuk dua buah universiti tempatan dan sebuah sekolah berasrama penuh, selain anak bongsu berusia dua tahun lapan bulan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhana Ahmad dan Haslida Isamail memohon hukuman sewajarnya diberikan terhadap tertuduh yang turut memberi kesan trauma terhadap mangsa yang berada pejabat pos ketika kejadian.
“Saya bersimpati terhadap pilihan yang salah oleh tertuduh. Namun, atas faktor kepentingan awam dan trauma mangsa akibat senjata digunakan. Walaupun ia mainan atau tiruan tapi ia sedikit sebanyak mengancam mangsa,” kata Nurfarhana.
Selepas mengambil kira faktor fakta kes termasuk trauma mangsa serta menimbang rayuan tertuduh, Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dari tarikh ditangkap pada 26 Mei lalu dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta 54 bulan dari tarikh 16 Jun dan tujuh sebatan, pertuduhan kedua.
“Saya hairan, kamu ada anak-anak yang bijak tapi macam mana boleh ambil pilihan begini? Pertama kali saya jumpa (kes) ada keluarga yang baik. Kamu betul-betul hilang punca dan lakukan perkara yang salah sedangkan tuhan bagi kita akal untuk hadapi ujian-Nya. Andai ada polis (ketika kejadian), saya tak tahu bagaimana nasib kamu,” katanya. -SH-
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
As salam...sudah la dah kalah pun usah di kenangkan...kalau PR menang tgk shj kat Penang tu sebab filem pun arahan pengharaman tayangan dibuat belum lg perintah satu negara...Nanti akan jd Singapore..Sejarah Melayu negeri Temasek ditidakkan dgn menyatakan negara tsbt ditubuhkan oleh org putih dan cina...jgn buta hati semata2 nak kuasa dan perintah negara...musuh2 melayu dan islam sedang mengintai dan mengambil kesempatan...
tahun 1957 melayu pulau pinang ada 67% sekarang tinggal lebih kurang 15%, di george town melayu cuma 2% sapa yang memerintah lama di penang, bila jadi sesuatu hal mcm ni asyik nak salahkan bangsa lain, tanpa nak cermin diri sendiri. sedarla melayu..ditipu bangsa melayu sendiri..
Sapa beri rezab melayu menyusut di Malaysia?..ustaz pondok kot?.. bagaimana jutaan pendatang boleh masuk mudah? angkara guru pondok kot? Siapa yang beri visa lawatan mudah? Tukang kebun pondok kot? Siapa yang beri jadi melayu semakin terhimpit kerana inflasi kenaikan harga barang? penjual petai depan pondok kot?
dia orang baik tak pandai buat jahat sebab tu kena tangkap. yang pandai merompak tak kena tangkap. sangat jelas dia tertekan, banyak kes lain krn kesempitan hidup maka jadi gila terus. unfair weightage.
llihat pada diri sendiri. Apakah segala yg dibuat ingat Allah & akhirat? Kaji balik sejarah tanah melayyu. Siapa pengkianat islam dan siapa pembela islam. RO Winsted dalam sejarah melayu menyebut"sekiranya inggeris tidak datang ke tanah melayu, soudah pasti undang undang islam adalah tunjang pemerintahan tanah melayu.Tepuk dada tanya iman
Post a Comment