Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 14, 2013

MASAK KETUA POLIS NEGARA KALAU KENA JAGA SEMUA LAMPU!

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat
Komen : Tajuk ni ngeri kerana perkara ini sudah sering berlaku tapi apa pelan polis rakyat pun tak tahu. Yang rakyat tahu ,polis seperti roda-roda kotaraya filem arahan Datuk Yusuf Haslam menjadi idola dan contoh terbaik polis.Jika peragut banyak atau penjenayah ramai maka pihak polis akan buat penyamaran sebagai mangsa samaa menymar sebagai mangsa peragut atau mangsa jenayah.
Bukan beri arahan SB utk menyiasat cari kelemahan ahli politik Pakatan Rakyat!
Kes mangsa rompak di tempat Lampu Merah amatlah mendukacitakan. Elok-elok undang-undang jalanraya arah berhenti bilasignal lampu berwarna merah tup-tup disebabkan takut mangsa rompak maka  pengguna jalanraya akan tidak berhenti malah terus memandu demi elak dari jadi mangsa rompak dan sbgnya.

Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam  kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.

"Rakan wanita mangsa memaklumkan kepada polis pada 1.28 pagi tadi, pada masa kejadian dia dan wanita itu dalam perjalanan ke rumah," katanya katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Amiruddin berkata akibat panik, rakan mangsa tidak sempat mengenal pasti kewarganegaraan suspek, jenis dan nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek.

Katanya siasatan awal polis mendapati mangsa masih bujang dan tidak mempunyai teman lelaki serta tidak mempunyai masalah dengan sesiapa.

Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa bahan bukti seperti bekas asid yang digunakan," katanya.

- Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Buatlah apa sahaja wahai penganut sekular di Malaysia... namun kalau tidak kembali kepada Islam menghayati Al-Quran dan Sunnah, mempertahankan haq dan menentang yang batil jangan harap semua masalah yang berlaku di Malaysia akan selesai... takkan selesai sebab tiada keberkatan dari Allah.

Apa kata Malaysia cuba laksanakan Hudud dan Qisas selama 5 tahun? Biar UMNO yang merancang dan melaksanakan perkara ini tapi menggunakan undang-undang yang benar seperti yang termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kalau gagal, kembalilah kepada hukum sekular, kalau berjaya teruskan dan jangan lagi kembali kekufuran.