Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 23, 2013

DUNIA PUN TERPERANJAT ! PERSOALAN MEMANJAT

Mahkamah Rayuan Bebaskan Dua Polis Daripada Tuduhan Bunuh Altantuya

Oleh QISHIN TARIQ
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan sabitan terhadap dua pegawai polis unit tindakan khas berhubung kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Mahkamah menerima rayuan yang difailkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan membebaskan kedua-duanya.

Mahkamah rayuan, pada 10 Jun, membenarkan Sirul Azhar untuk memasukkan dua alasan baru, termasuk bantahan, dalam usahanya untuk mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengisytiharkan perbicaraan silap.

Bagaimanapun, kerajaan masih boleh merayu terhadap keputusan itu pada Jumaat di Mahkamah Persekutuan.

Sirul Azhar dan Azilah Hadri didapati bersalah dan disabitkan hukuman mati pada tahun 2009 kerana membunuh Altantuya, yang ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober, 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang didakwa kerana bersubahat dengan mereka, telah dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2013/8/23/mstar_mahkamah/20130823095629&sec=mstar_mahkamah

Jadi, siapa bunuh Altantuya? Dan kenapa?

Pelik bin Ajaib  ..sepanjang 7 tahun perbicaraan demi perbicaraan tapi keputusan menunujukkan seperti tiada siapa yang salah walaupun dikatakan 2 orang polis ini telah dikambinghitamkan. nampaknya tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu dibunuh pada Oktober 2006.
Seperti kes Teong beng Hock masih menjadi misteri siapa pembunuhnya ..adakah berakhir dengan beliau(Mendiang TBH ) bunuh diri sendiri disebabkan disyaki seleweng RM2,400 utk beli bendera???
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.

Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

1 comment:

imalaysia post said...

Pembunuhan yg akhirnya tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bertahun2 kes diadili. Akhirnya mahkamah tidak menemui siapa pembunuh Altantuya. AR Baginda dilepas awal2 lagi. Igtkan Sirul & Azila yg akan sabit, rupanya dibebaskan. Kalau kedua2 mereka dikenakan hukuman, mungkin dunia akan melupakan kes Altantuya krn pembunuhnya sudah dihukum. Tapi bila tidak ada yg dihukum, sistem keadilan di Msia akan terus dipersoal. Kes altantuya akan menjadi beban kpd BN krn Najib sebagai presiden parti telah lama dikait dgn kes tsb. Rakyat yg akan menanggung aib. Inilah dilema yg ditanggung oleh rakyat msia yg telah dimalukan oleh sistem kehakiman negara yg sgt KORUP.