Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 23, 2013

PENTINGNYA BENDERA PAS DALAM KERETA!

JANGAN LUPA BAWA BENDERA PAS DALAM KERETA ANDA UNTUK WAKTU KECEMASAN
. . . . . . . . . . .

Pengajaran dari kisah benar yang berikut.
. . . . . . . . . . .

Petang tadi dalam jam 4.30 petang kereta Wira sahabat saya telah rosak berhampiran R&R Bukit Gantang arah utara. Beliau bersama isteri dan 4 orang anak. Lorong kecemasan kawasan itu terlalu sempit dan amat bahaya. Hampir 30 minit tidak sebuah kereta pun berhenti menolong. Sewaktu dia buka bonet belakang untuk cari sesuatu, beliau terpandang bendera PAS. Lalu beliau pacakkan di tepi keretanya. Selepas itu beberapa kereta jemaah telah berhenti untuk menolong. Kebetulan sebuah kereta 4 angota Unit Amal Kedah baru balik dari program di KL tolong mengawal traffic. Sebuah Toyota Vellfire yang dipandu oleh seorang Ustaz bersama isterinya menghulurkan bantuan menumpangkan isteri dan anak-anaknya ke Nibong Tebal. Plus Ronda menunda keretanya ke R&R Bukit Gantang dan beberapa pemuda PAS Bukit Gantang telah membantu beli barang ganti ( V Belt ) dibandar Taiping. Akhirnya pada jam 8.30 malam tadi dia selamat sampai kerumah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan bantuan tenaga dan alat ganti percuma dari Pemuda Pas Bukit Gantang....
. . . . . . . . . . .
Sumber kisah: Hussaini Zauj Intan shared Ami Welder's photo.

No comments: