Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, August 13, 2013

ANTARA SEWA DAN HILANG PISTOL ! SAPA BETUL ?

Bayar komisen lepas rompak

KUALA LUMPUR:3 anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan.
Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan.
Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu.

Sehari selepas penahanan itu, 2 lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.

“2 anggota polis yang ditahan di ibu negara itu berusia pertengahan 20-an dan mereka baru berkhidmat antara empat hingga lima tahun.

Harian Metro
Posted & copy by Rakyat Marhaen at 8/13/2013 07:19:00 PG

 KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis daripada bahagian jenayah berat kecurian sepucuk pistol bersama 15 butir peluru selepas dia tertidur kerana keletihan dalam keretanya di Seksyen 7, Shah Alam pada awal Isnin.
Anggota polis berkenaan sebelum itu memandu pulang dari Klang selepas menghadiri pengkebumian ayahnya pada pukul 1.45 pagi dan memberhentikan kereta di tepi jalan dekat sebuah kawasan perumahan kerana mengantuk.
Laman web The Star Online melaporkan anggota polis itu yang berpangkat Sarjan Mejar menurunkan cermin keretanya separuh serta merendahkan kerusinya lalu tidur.
Tidak lama selepas terlelap, dia dikatakan merasa ada orang menarik pehanya. Apabila terjaga, dia melihat seorang lelaki sedang menarik pistol separuh automatik jenis Walter daripada sarung pemegangnya.
Lelaki itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal sebelum sempat pegawai polis itu berbuat apa-apa.
Pegawai polis itu dilaporkan kehilangan pasport, telefon genggam dan wang tunai RM600. Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Shah Alam.

No comments: